Assalamualaikum wbt!! Helo helo helo para pembaca semua. Memang kita tau siapa je la yang baca blog kita ni. Seorang dua je la kan? Rajin pulak kita nak update. Heehee... Yelah, kita memang tak sempat lahh nak tulis hari'' tapi jauh di sudut hati ku ini, kita terlalu rindu untuk menulis, menulis dan mencurahkan isi kandungan di otak kita ni. Kalau kat blogger ni ada mukasurat, gerenti kita punya post kali ni ada 395 muka surat untuk ceritakan kisah hati (lagu Alyah) ini. Cewahh.
Cantik tak lukisan kita? Samsung Galaxy ACE yang canggih tapi lagu semua jiwang. Hampeh.
Boleh jadi bodoh depan orang, tapi janganlah bodohkan diri sendiri.
Kita pun tak tawuu laa kenapa kita ter-tiba mendapatkan kata'' itu. Hee. Nak menjiwang mungkin... Alaaa.. Macamlah awak orang semua ni suci sangat. Kan? Hihihi. Mungkin kita terlalu berharap akan sesuatu yang tak timbul'', sesuatu yang tenggelam dalam diri sendiri. Tapi setiap orang boleh mengeluarkan pendapat kan?
Beberapa hari sebelum ni, kat FB kita, kita ada post tentang :
"Nabi merindui kita, Allah juga merindui kita.. Tapi kita pula sibuk merindui makhluk yang haram bagi kita."
Untuk pengetahuan awak orang, post terbabit tidak berniat untuk mengenakan mana'' pihak penganti lelaki mahupun pihak pengantin perempuan. Tapi, rasa''nya jelas kan, post itu menunjukkan bahawa kita tak boleh suka'' kat orang itu tanpa sebab. Perit woo nak lupakan first love gwaa ni. Hahaha!!
Nampak tak muka kita bahagia time ni?
Tak mahu lagi sejarah lama berulang, harap tak ada lagi cinta sebelum nikah! Yeah!
Tanpa kita sedari, post itu telah menyebabkan ex kita, Encik Z mengamuk dan marah. Beliau telah mengatakan kita merendahkan beliau dengan menyamakan beliau dengan makhluk yang haram. Susah nak fahamkan konsep halal haram ni sebenarnya. Kita sendiri tak diberi peluang untuk perjelaskan kepadanya, hubungan silaturrahim yang kita fikirkan boleh lagi sebagai kawan ni memang hancur lebur lah.
Allah... Sedih rasa hati kita ni... Subhanallah, tapi kita tahankan jugalah sebab nak simpan air mata ini untuk menangis atas segala nikmat kebaikan dan kebahagiaan yang Allah bagi selama ini pada diri kita yang serba kekurangan ini. Kita dah tak nak nangis untuk perkara yang sia'' lagi. Yang sudah itu sudahlah. Tiada apa yang boleh diperbaiki lagi.
Untuk pengetahuan awak orang, kita tak pernah nak salahkan Encik Z mahupun diri kita sebab bagi kita, hubungan kami berakhir sebab tak ada jodoh, tiada persefahaman, atau mungkin juga kerana target kami untuk bersama berbeza atas perbezaan umur yang boleh dikatakan jauh juga. Ada hikmah juga kenapa Allah ketemukan kita dengan beliau seawal usia 16 tahun.. Ya. 4 tahun kami bersama, harap semua memori itu luput dengan segera.
Najwa Latif : Kosong - Chorus
Kalau boleh memang kita nak mulakan hidup baru, segala-galanya baru. Dari sekolah asrama, dari matrikulasi, sampai dah masuk U, kita tetap tak buka hati ini untuk orang lain, bukan nak promote yang kita ni baik, setia atau apa pun, tapi kita seorang yang naif. Kita bimbang kalau kita liar, akan lagi ramai yang membuatkan kita tewas.
Hati wanita yang gedik ini mudah disentuh.
Hati wanita yang gedik ini mudah disentuh.
Awak semua faham kan? Kalau kita jahat, sejak fly ke luar negara pun kita boleh putuskan semua hubungan dengan beliau. Ye, sehingga kini, kita masih menghormati beliau. Bukan semua yang buruk itu keji, dan tak semua yang indah itu cantik. Kena cakna selalu akan perkara ini.
Perasaan?
Biasanya putus cinta orang akan kata,
Perasaan?
Biasanya putus cinta orang akan kata,
Tipulah kalau tak sayang..
Tapi bagi kita,
Rugilah kalau kita dok kabo kat orang kita sayang tapi hati kita kosong macam lagu Najwa Latif tu.
Oh ya, pengajaran yang paling besar sekali ialah, apa yang kita sangat takutkan sebenarnya takkan terjadi kalau kita tak mencuba. Contoh yang memang kena kat batang hidung kita yang ala'' Preity Zinta ni adalah kita sangat-sangat takut untuk berpisah dengan ex kita dlu. Akhirnya, alhamdulillah, Allah permudahkan juga urusan kami ketika itu. Yeah! Bangkit''!
Motif penulisan kali ini, kita nak tegaskan, kita tak suka hubungan yang lebur macam tu je. Bukan nak kata semua tu sia'', tapi hikmah yang tersembunyi itu masih belum jelas. Samar''.
*nak kawen awal, boleh bercinta, boleh setia, boleh jadi solehah!tetibe plak kan.gatai!*
Semoga Allah lindungi diri ini dari sifat riak dan takbur dalam usaha kita untuk berjihad ni.Okay tu je laa nak cite. Tu yang buat kita stress untuk minggu ini. Sekian, harap maaf sebab kita dah tak post best'' macam dulu. Jumpa awak orang next time ehh? :) Daaaa :)



No comments:
Post a Comment