Hey Anda! Marilah datang ke India ni. Sure tak rugi. :)
Assalamualaikum dan happy happy gediks awak orang! :)
Kita dapat macam'' persoalan dari kawan'' tentang macam mana kehidupan di sini, best ke tidak, okay atau tak, boleh makan ke, boleh itu boleh ini. Haih. Bukan letih, tapi tak tau macam mana kita nak ceritakan dengan panjang lebar tentang suka suki kehidupan kita di sini. :D Terbaik sangat!
USM KLE
USM KLE adalah program usaha sama Universiti Sains Malaysia, USM dengan Karnataka Lingayat Education (KLE) yang bertujuan melahirkan graduan sarjana muda yang mahir bidang perubatan.
Okay, rasa macam buat ayat untuk website plak #skema*.
Okay kita gumuk. Maklumlah cuti lama pas matrik. hikhiks tapi da comel sekarang!
Ketibaan pada musim sejuk memerlukan dua jaket yang tebal pada tubuh. :D
Kita bertolak dari KLIA pukul 8.40pm 9 September 2011, sampai kat Bangalore, India pukul 11.30 malam. 4 jam perjalanan di udara memang mendebarkan dan meriangkan macam Movie Upin dan Ipin, tapi disebabkan dah malam, baik buat kueh taik mata kan? Sampai'' di Bangalore, kena tidur semalaman di airport untuk menanti pesawat lain pada keesokan harinya. Perjalanan Bangalore ke Belgaum, mengambil masa 12 jam jika melalui jalan darat. Kalau jalan udara, laju je sebab tak ada traffic light kat awan tu. Hehee.
Berkongsi highway dengan kereta lembu adalah perkara biasa.
Setibanya kita di Hubli Airport, bas sekolah perubatan telah setia menanti. Maka bermulalah perjalanan darat kita di India. :D Memang nak muntah la. Sebabnya, jalan raya mereka ni tak ada peraturan yang cantik. Main redha redah jerr. Kat sini, mereka mengamalkan sikap toleransi yang sangat tinggi. Masakan tidak, walaupun bunyi hon ratusan kali sepanjang dua jam perjalanan untuk ke kampus, tapi, tiada satu pun kemalangan berlaku. Masa mula'' tu teruja juga sebab kiri kanan jalan dipenuhi dengan rumah murah, tapi yang tak boleh bla bila tengok rumah macam kandang kuda pun ada Vidcom (spesis Astro). Last'' kita pun bantai tidur je walaupun telinga bingit dengan bunyi hon. Adussss....
Indahnya katil anak dara!
Akhirnya, sesampainya kita di hostel, dapat kunci bilik terus lenjan atas katil. Oh ye, kat sini bukan macam kat Malaysia. Asrama hanya sediakan bilik dan kemudahan air api tanpa tilam!!! So, awak orang yang nak datang ke India, mana'' pun Universiti, memang kena beli tilam dan bantal sendiri. Since kita di bawah USM, kebajikan kita terjaga jugalah, walaupun kena keluar Rs 5000 untuk beli bantal, tilam, dan ubat nyanyuk. Eh Ubat nyamuk! :P
Perkara pertama yang kita buat masa sampai ialah, gosok baju!! Ye lah.. Katil dah siap dikemaskan bibik (dipanggil moshi) di sini. Ye kat sini ada bibik! Tapi gua memang menyampah bila diorang kemaskan bilik. Ada je tak kena kat mata kita ni. Mungkin cara dan budaya kami berbeza maka cara mereka sapu bilik tu memang tak berkenanlah kita. Hihihi.
Secret chamber of PEKAK.
Ye tempat ni memang kalis bunyi. Kalau nak berbual time memasak atau basuh pinggan memang tidak dibenarkan. Buat sakit tekak je terjerit'' macam kera berborak. Pantri ini terletak kat area antara pintu masuk dan bilik air. Inilah tompat eden nok masak'' lauk kotam masak lomak cili api yo. Tapi apa yang kita kureng suka kat pantri ini adalah, kawasannya yang terhad, kecikkkk gilerrrr! Sinki pulak selalu tersumbat kalah lubang jamban! Alhamdulillah dengan ruang yang kecik ini jugaklah kita da masak macam'' dengan Cik Dayana. Hihihi. Nak belajar memasak? Inilah gurunya. Cehh!
Sinki dan tandas duduk. Okay la 5 star Ho$tel. :)
Ceria kan ? Baru bersemangat sikit nak mandi.
Okay untuk bilik dan asrama memang cantik. Memang terbaik. Nak cakap apa lagi eh? Kalau duduk kat hostel ni memang paling baik lah bagi kita. Untung. Terutamanya India ni rajin sambut Earth Day (merujuk bagi kekerapan terputusnya bekalan eletrik di sini). Alhamdulillah banyak'' kepada Allah sebab membawa diriku ini ke sini, pastu dapat tinggal kat tempat yang super duper masyuk untuk stado (stadi + tido) muahaha! Last but not least....
Kita yang PINKY kat dalam bas!
Yeah! Jom kita ke next entri dengan bas sekolah perubatan antarabangsa USM KLE! :D
Daaaaaa







1 comment:
terbaik!!
Post a Comment