Monday, 30 April 2012

Dapur Kita Hari Ini

Tajuk memang cantik kan? Agak'' nak cerita pasal apa? Hihihi. Teka cepat! Awak orang ada 60 saat je ni!!! 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. :D Dapur kita hari ini merupakan slot baru bla bla bla bla... untuk mengajar awak orang masak.... bla bla bla..... campak je bahan''...... bla bla bla.. sampai sedap dan menarik untuk di makan. :)

Lauk yang best dan paling kita rasa suka sangat ialah ayam madu atau ada kawan'' panggil ayam bakar. Entahlah, pada kita janji rasa sedap, dan member'' pun makan habis, itu dah sangat melapangkan dapur yang penuh tu hati kita. :) 

Awak orang nak tau tak, sebenarnya Cik Dayana minta kita buat ayam madu guna pes yang mama dia kirim, tapi kita rasa macam tak cukup jerrrr... Sebab 1 pek je kan... Maka, kita pun teringat resipi yang ibu ajar kat kita. Hehehehe...

Ni bahan'' A: 
Kicap manis/masin
Serbuk lada hitam
Madu empat bini
Sos tomato sikit

Bahan kisar plak:
Bawang putih
Bawang merah/ bawang besar
Halia

Bahan UTAMA : AYAM

Ok.. Mula'', kisar bahan'' yang patut dikisar sebanyak mana yang biasa dimasak untuk menumis.  Banyak ayam, banyaklah bahan'' kisarnya. Disebabkan kita ni bukan chef yang professional, main campak'' jerr bahan, maka kita sarankan bawang merah tu letak sikit je. Yang penting halia dan bawang putih tu letak lerr banyak. Haa. Kisar gedik'' okay.... Pastu, letak bahan yang dah dikisar tu dalam bekas lain.. Gorjesssss sangat!! Muah muah muah!!! 

Kemudian, masukkan bahan lain iaitu kicap, serbuk lada hitam, madu, dan sedikit sos tomato. SEDIKIT! Sos tomato tu masam wohh. Kang rasa ayam basi pulakkk lauk awak orang nanti sebab ayam masam. Okay, sekarang campurkan bahan kisar dengan bahan A. Chop, kicap tu masukkan sedikit demi sedikit tau. Takut termasin sangat. Now, kacau sebati, dan rasa. 

Kalau sedap, okay lah, kalau tak sedap, pandai'' lahh adjust. Kalau kurang pedas, tambah lada hitam. Nak manis sikit, letak lebih madu. Kalau musim sejuk, bubuh halia banyak sikit. Halia ni boleh panaskan badan. :)

Cantik? Dah lapar kerrr?? :P

Ayam, sila basuh bersih'', hilangkan darah.. Kang geli pulak takde orang nak makan. Kelar'' sedikit bahagian daging pada ayam tu.. Supaya masa perap nanti, rasa ramuan tu meresap pada ayam. Hokay... Tadi dah rasa ramuan yang awak orang buat kan? Dah sedap? Sedap?? hehe,tengoklah siapa cikgu awak orang Masukkan ayam tu dalam ramuan tu, dan silalah simpan dalam peti sejuk untuk tujuan pemerapan. Perap ayam tu paling sekejap 1 jam. Hari tu kita perap 4 jam.. Lagi lama, lagi umpph! :D

Cara'' nak bakar? Tak ada arang?? Small matter jerrr cik adik cik abang semua. Guna pan / kuali leper. Kuali yang biasa mamak guna buat roti canai tu..

Panaskan kuali, bila kuali dah panas, kasi renjis minyak sikit. Agak'' minyak pun dah panas, sila letakkan potongan ayam awak orang tu. Kalau hangus, itu normal, bak kata Encik Shahrin (pelajar diploma Food Service Management UiTM Dungun) yang hangus itu adalah tindakbalas caramelization. Tapi jangan lah sampai hangus hangit. Kang sia'' je. Agak'' kering, renjis minyak lagi. Cam buat sate jerrr. :) 
Kurangkan minyak dalam makanan kan bagus? :)

Da siap? Makan. Okay. Senang? Nak jugak? Buat sendiri..... 

Nak lagi best, buat jus nenas. Fuhhhhh.......... Jus nenas kita belajar dari ayah. Terbaikkkkk gilaaaa bila summer macam sekarang.

Sorry lah kalau presentation ni tak cantik, hanya ini jerr yang kita mampu persembahkan. Kita memang suka masak'' ni. Kalau tak ambil program medik ni, kita ambil ijazah sarjana muda dietetik. Hehee. Tapi dah ayam rezeki depan mata, ambil sahajalahhh :D 

Alhamdulillah. Resepi yang kononnya rahsia kini menjadi tontonan umum. Wakaka. Memasak ni satu je petua dia, masa memasak tu ikhlas. Haha, ada satu lagi amalan yang perlu dibuat masa memasak, tapi disebabkan kita jarang buat, so amalan tu, awak orang cari sendiri lah ye?? :) 


Jom makan! :D

No comments: