Tema ayam lagi, hehe.
Al maklum sahajalah, baru beli ayam sekor sini. Salam satu India guys! Hehehe. Tadi ada baca pasal ayam madu kan? Itu lauk dua minggu lepas. Ayam madu dan sup, makan macam nasi ayam.
Kali ini nak buat lauk apa pulak? Bahan''nya lebih kurang jerrr dengan ayam madu. Modify sikit, jadi lauk lain. Mudah jerr nak masak ni.
Bahan tumis:
Bawang putih, bawang merah (kisar)
Halia - besar ibu jari, hiris halus''
Lada hijau (hiris halus'')
Kayu manis - 1 batang
Bunga lawang - 2-3 biji
Kunyit sikit -dikisar sekali dgn bawang- tambah rasa jer.
Gula sikit - kalau kicap masin sangat
Sos tomato - sikit
Bahan gedik'' :
Bawang besar- dihiris bulat
Lada hijau - hiris bulat
Tomato - potong wedges
Bahan UTAMA : AYAM & KICAP
So, sah'' la nak buat ayam masak kicap kan? Hehehe.
1 - Ayam sila goreng. Tapi jangan garing sangat. Asal masak sahaja. Asingkan ayam tu.
2 - Tumis bawang putih bawang merah dulu. Bila bau dah semerbak harum setaman, masukkan bahan'' tumis yang lain (halia, lada hijau,kayu manis, bunga lawang). Tumis'' sampai semua bahan nampak garing.
3 - Masukkan kicap sesedap rasa, sedikit sos tomato. Fungsi sos tomato ni adalah memberikan kesan kuah pekat. Boleh juga gunakan kicap pekat atau sos tiram kalau takmau guna sos tomato. Tapi ayam dan tiram tak elok kalau dimakan bersama. Makanan laut dan makanan darat tak boleh dicampurkan tau! Tak elok!
4 - Kalau tak nak pekat, boleh juga nak cair. Ikut selera tekak dan ekzos masing'' la, kan? Kalau masin, buh gula eh? Kang kena darah tinggi pulak satu rumah! Jenuh laaa doktor'' nak merawat orang muda sakit darah tinggi. Heh! Mengarut!!
5 - Lastttttttt sekali, masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau'' biar rata. Pastu, hidang..
TARRAAAAAAAAAAAAAAAA
Letak bahan'' gedik tu last sekali. Sekian.
Maka, tamatlah cerita makan'' untuk ayam. :D
All the best korang! :D

No comments:
Post a Comment