Sunday, 22 April 2012

Kadang'' Ada Masa Susah Jugak

Ye. Kadang'' ada masa susah juga. Masa susah bagi kita ialah, kena study!!! Uwaaaa. Ibu, kenapa lah tidak sahaja kau kawenkan daku dengan si polan bin si polan tu? Kan senang. Keje lipat kain, masak'', kemas rumah. Huhuhuhu.. 

Assalamualaikum wbt. dan salam satu India. Hehehee

Lagi beberapa hari jerr nak exam. Preparation ala kadar. Yes, expect the unexpected. Kita mengaku kita pemalas untuk baca buku. Pada kita, baca buku hanyalah untuk orang yang rajin jer. I was wrong!! Totally wrong okay! 

Bila masuk cabang medik ni, persimpangannya cukup aduh aduh aduh! Berdangdut seh otak nak study. Rasa tak cukup ilmu jerr tiap kali masuk exam hall. Bukannya nak cakap kita ni tak study macam awak orang, tapi kita sebenarnya amat memerlukan sokongan dan dorongan serta motivasi. Kena ada orang push sikit. Awak orang nampak jerr kita ni rajin pos berkaitan motivasi di FB atau blog kita yang comel dan gedik ni, tapi sebenarnya, setiap orang memerlukan santapan jiwa atau lebih dikenali sebagai MAKANAN JIWA. 

Allah, rindu betul... Rindu pada waktu-waktu kita mengelak untuk study. Dan nah, akibatnya kena stay up setiap malam untuk mendapatkan hasil yang lebih baik di exam yg seterusnya. 

Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari.

Tak tau siapa yang perasaan status ini di FB beberapa hari lepas. Kita kecewa pada diri kita atas sikap malas ini. Kita rasa kita nak amek degree in culinary laaa. :( Kita suka masakkkkkkkkkkkkkkkk. HAHAHA. Tension bila amek medik programme. Tapi bila mengenangkan lepas graduate nanti orang akan memanggil dengan gelaran doktor, pergh....semangat terus bangkit Bukan nak riak, sombong.. Tapi, bukan senang nak dapat pangkat doktor dalam masa 5 tahun. Motivator pun perlu melakukan tesis, dan ambil PhD untuk gelaran DOKTOR. Itu mengambil masa yang lagi lama. KITA? 5 tahun je kot. Mana boleh mengeluh. Kalau tak mampu, kita kena salahkan diri kita sendiri!!! PEMALAS!!!

Baca buku atau habiskan elaun denga beli barangan berjenama?


Masalahnya... Banyakkkkkkkkkkkkkkkk gilerrrrrrrrrrrrrr nak hafal, baca!!!!!!

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang akan kamu dustakan? Kan Allah dah bagi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Isnin-Sabtu kelas, Ahad jangan meronggeng tergolek-golek macam ayam salai kat atas katil. Ni asal cuti jerr, bagi alasan, Ahad je la waktu nak berehat. Dalam kelas tak fokus, ralit main game kat nset. Silap besar pakai nset canggih. Oppst! Bila masalah datang, mula tuding jari pada SAMSUNG ACE. Tak logik langsung lah kau ni HAZDZIRAH!


Gambar dari Baby, masa makan kat Pizza Hut. Gila jugak ayah kita ni. hihihi


Dah lah. Banyak mengarut dari memautkan ini pada minda awak semua. Tapi dari luahan hati ini, sedikit sebanyak ada terkesan di hati kita dan awak orang juga kan? Tak kisah la baru lepas SPM ke, lepasan Matrik ke, waima satu bilik ker *kan Cik Dayana* atau sebaya, kita tetap bernama pelajar. Jadinya, nak kata kat sini, PELAJAR tak buleh mengeluh. Pelajar hanya boleh BERPELUH untuk berjihad menuntut ilmu! Ingatlah ibu ayah yang tersayang. I love you ibu, I love you ayah! Muah9!!

Ayah yang Gal rindukan.... :( :(

Okay awak orang jangan salah faham. Ayah kita belum meninggal dunia lagi. Kita cuma tak berapa rapat je dengan beliau. Sekian. 

Haha. Maka tarbiyah diri sendiri hari ini tamat. Sekian. Jumpa lagi di tren akan datang. Kita menuju Rome!! :D