Sunday, 22 April 2012

Awak Tak Kenal Siapa Awak Akan Datang :)

Samura Around The Globe 2012!

Weeehuuu!! Alhamdulillah, masih lagi bernafas di dunia ini, masih lagi bertenaga nak berchit chat atas lembaran maya, mampu untuk menggoda menarik sahabat'' di merata-rata awak orang berada dan di mana''lah yang awak orang suka. Hikhikhik.

Cantik tak gambar kat atas tuuuuu ^^^^^^? Comel dan gedik kan? Bersempena warna diraja, ingin kita mengingatkan asal usul kita di SAMURA @ Sains Muar @ Sekolah Menengah Sains Muar. Siapa sangka budak tudung pinkkkyyyy itu ialah budak paling rindu rumah (homesick) sekali masa batch 2008-2009. Kecoh juga bila ibu hantar kita balik ke SAMURA tapi kita tak nak keluar kereta. Siap peluk seat kereta lagi. Sumpah  seranah sekolah sebab tak boleh balik tiap'' minggu. 

Siapalah diri ini jika nak dibandingkan dengan dorm mates yang lain. Semua rajin pergi prep. Kita? Hehehe. Prep pukul 8pm, pergi pukul 8.10pm. Prep habis pukul 10.30pm, kita punya prep habis SATU SETENGAH JAM AWALLLLLLL!!!!! Sanggup tidur kat dalam dorm sorang'', gelap'' kat PUJ3 tu. Tak takut pun cerita'' langsi SAMURA. Janji tak jumpa orang. Kita memang tak reti sosial sangat. Terukkan?? Tak ade kualiti nak jadi doktor langsung masa tu. Time management? OUT. SEKIAN.

Berbekalkan result SPM yang biasa je.... Yang cikai... Kita gagahkan diri ini untuk Kolej Matrikulasi Pahang, konon''nya tak nak lah masuk matrik Johor/Melaka/Negeri Sembilan sebab takut jumpa budak'' SAMURA. Masing'' mohon yang dekat'' sahaja. Kita pulak first choice mohon Pahang, kedua di Pulau Pinang, dan pilihan terakhir ialah Johor. Alhamdulillah, Allah nak berikan pengajaran dari apa yang kita  pernah buat selama ni.. Hehehe. 

Kemudian, pagi tadi, kita tengah dok syok'' baca buku untuk test First Aid Block, tiba'' kita didatangi lembaga biru seorang akak senior batch tahun bila yg gwa (bajet otai dengan senior HAHA-gelak jahat) pun tak tau lah. Tau nama dia Time To Pounder je. Nama betul haram kita tak tau. Orang dok panggil dia Kak JR, kita pun panggil aje Kak JR.

Diinggggg *mesej masuk kat fesbek*

Kak JR      :  slm sis
Kita       :   wasalam. akak.. kita bagi after 2 mggu leh? gambar?    *mood gelabah di pagi raya*
Kak JR      :  hahahaha
Kita           :  kita nak final laaa
Kak JR      :  akak tak cakap pape pun lagi
Kita           :  Nampak akak terus takuttt (padahal dalam hati: dah risau takut2 kena ceramah pagi2 buta ni)

Pastu bla bla bla bla... Maka, jadilah gabungan gambar kuning di atas. :)

Balik je test pergi ke pasar terus, beli ayam ikan semua. Konon'' nak buat ayam madu, tapi turn out nasi ayam. Haha. 


Berita TERHANGAT!!!!
Ayam Dara yang d'Madu'kan d'bakar rentung-Bernama 

Salad Nasi Ayam yang dimodify dengan tomato, hirisan kobis+carrot. 

Pandai jugak gua modify exzos perut budak'' USM ni jadi exzos tekak gua. HAHA. Sebenarnya nak goreng ayam tu, tapi sebabkan kita ni tak suka ayam goreng (padahal cover sakit gigi), maka kita bakar ayam tu. Buat jadi juicy sikit, letak minyak zaitun. Yang kelakarnya, Cik Dayana siap kata macam orang kaya jer guna minyak zaitun, kita plak sambung kata'' Cik Dayana dengan mengatakan, kat rumah sendiri pun tak mampu nak beli minyak zaitun. Serius kat sini everything murah. Makan? HEAVEN!*tapi masak sendiri lahh.

Nasi Ayam + Sup Ayam + Ayam Bakar + Salad! Satu set dgn air nenas. :)
SILA JEALOUS!!!!!!!!!!!!!!!!!


Cerita dah merapu meraban. Sudah pukul dua pagi anak'' ye. Kejap lagi Aci Aci buka Pintu Nana Balik Pukul Satu. *tak-ade-kena-mengena*. Nanti burung hantu burung merak burung gagak dan helang semua mengacau. Baik tidur. Okay. Setakat ni je la. Nak resepi? Lebih afdal datang ke rumah kita kat India ni ehh? <3 <3 Awak orang! :D

Wassalam!

No comments: