Saturday, 31 March 2012

Hala Tuju Selepas SPM

Hey Hey Hey! :D
Assalamualaikum dan selamat berselamat kepada semua orang yang tengah membaca ceritera cinta kita :DD
Kita tak cakap kita popular sekarang ni, tapi kita rasa, kita popular laa. Hihiihii. Semuanya adalah dari adik'' SAMURA yang sungguh eager untuk memajukan diri mereka. Syabas lerrr untuk awak orang semua dari akak kita.

Kita nak tekankan kat sini, SPM tu cuma la asas jerrr untuk awak orang memulakan langkah kejayaan dalam hidup ini. Keputusan SPM tu kecik cinonet setoekk jerr kalau nak bandingkan dengan apa yang awak orang semua akan buat nanti. Hihihihi.

SPM cemerlang?
ALHAMDULILLAH :)

SPM kureng cemerlang?
ALHAMDULILLAH :)

SPM kureng garam?
ALHAMDULILLAH :)
Tak derr la high blood pressure (darah tinggi)

Kita tetibe nak cerita pasal SPM ni sebab ada sorang budak comel yang sama kelas dengan kita, tanya mcm mana nak ambil kursus lepas SPM, terutama yang tidak mendapat seterait A.

Kebanyakan soalan mereka :
  • Result biasa'' ; Science subjek kantoi
  • Asasi UiTM/ Asasi UM/ Matrikulasi/ Tingkatan 6
Ok. Ingin beta tegaskan di sini, result SPM biasa'' pun, bila kita menuju ke jalan yang benar, akan memasukkan kita ke dalam bidang yang luar biasa. Tapi ada syarat, usaha pun mestilah dengan kuasa super sayya dan jangan cakap lebat jerrr. 

1. Biology, Chemistry, Additional Maths, Physics =====> KANTOI!

Minta maaf kalau kita mendiskriminasikan golongan yang suka Physics dan pelajar'' dari jurusan teknikal. Ampun dan maaf kupuhon dari kejauhan sempena lebaran tidak mengambil jurusan sains teknikal masa kat SAMURA dahulu kala. 

Siapa suka main doktor'' masa kecik'' dulu? Haa. Awak orang tergolong dalam golongan ni. Nak jadi veterinar, pharmacist, botanist, biologist, cikgu bio, memang ini la bidangnya. Tapi dah kantoi Bio, so, baca balik la buku Bio tu. Kui3. Begitu jugak dengan subjek kimia dan fizik. 

Secara rasminya, untuk awak orang yang nak memulakan langkah bertaubat dengan result SPM awak orang, maka, sila rajinkan diri untuk baca balik buku Fajar Bakti Chemistry, Physics, Biology. Buat balik pass year questions (PYQ) Add Maths. InsyaAllah, dengan menggunakan formula tonik ubat hati yang kita berikan ni, awak akan skor terbaik di foundation awak orang, bahkan, lagi hebat dari kawan'' awak orang yang cemerlang SPM :P *sila jangan terasa.


2. Akak rasa mana okay? Matrik ke Asasi??

Ni satu lagi problem awak orang cik adik saudagar saudara saudari cikkebum cikkebum. Risau sangat mana nak masuk line itu line ini. Memandangkan kita graduan *cewah graduan terus aku* Kolej Matrikulasi Pahang, nak cakap kat sini, matrik memang penat nak mammmmm. 

MATRIKULASI

APA YANG MENARIK??
  • Kehidupan matrik saling tak tumpah macam sekolah. Makan disuap, tapi tak disuap sampai kenyang
  • Ada kelas agama, Ko-kurikulum, Kelas Adab Sopan (Kemahiran Dinamika)
  • Waktu kelas paling extreme : 8 am -1 pm dan 2pm-5pm
  • Kalau lecturer rajin, dapatlah kelas malam.
  • Pointer 3.5 dan ke atas ada program ijazah luar negara (balik jadi lecturer) di New Zealand, UK, dll


APA YANG KURENG MENARIK??
  • Kehidupan awak orang juga sama macam sekolah. Duduk asrama
  • Pakaian tak boleh berjimba sangat
  • Kelas sampai otak tepu
  • Lokasi matrikulasi biasanya ceruk pedalaman
  • Outing hujung minggu sahaja
Subjek sains teras yang ditawarkan kat matrikulasi ni terbahagi kepada tiga module : 

Module 1 : Biology, Chemistry, Physics, Mathematics (Calculus & Algebra)
Module 2: Sains Infomatik, Chemistry, Physics, Mathematics (Calculus & Algebra)
Module 3: Perakaunan, Ekonomi, Mathematics

Errr. bagi pelajar sains mekanikal, kita rasa matrik untuk awak orang lain laa. thee.hehehe..


ASASI UiTM / PASUM 

APA YANG MENARIK??
  • Budak'' toppers je kat sini.. *kita tak layak UPU dulu...huhuhuhu*
  • Pengalaman macam belajar di Universiti dengan kehadiran senior. *sape suka senior angkat hidung*
  • Bebas untuk keluar jalan'' kat luar asrama selagi belum pukul 11 malam
  • Kawasan bandar. Mudah nak dapat line call awek dan balak.
  • Glamour. Baju cecantik ikut awak orang laa...

APA YANG KURENG MENARIK??
  • Waktu extreme kelas 8am-6pm. Rehat bergantung pada waktu pensyarah mengajar
  • Cara belajar macam di universiti. Banyak rujuk buku tebal''
  • Pengurusan disiplin kena betul kalau tidak hari'' pergi keluar shopping dan melenjan mall
  • Kena pergi kelas awal sebab jauh dari apartment.
  • Rebut tempat duduk kat kuliah sebab nak fokus, duduk depan is the best place.
Mengikut ceritera Cik Dayana, Asasi UiTM ada 2 module. Fizikal dan Hayat. Bezanya Fizikal kena ambil Physics' Mathematics berbanding di Matrik, pelajar'' ambil subjek Sains Infomatik. Kiranya, di Asasi UiTM, pelajar fizikal ambil maths dalam dua subjek berbeza. *memang hamba tidak sanggup lerr gamaknyee*

Asasi UM pulak, ada 3 Alam Bina, Sains Hayat, Sains Fizikal. Err yang ni pandai'' la Google dan Yahoo!

Satu lagi perkara yang nak dijelaskan di sini, barang siapa yang melibatkan diri dalam asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, kalau awak orang kantoi masa foundation, maka kalian akan terikat berada -dalam UIAM selama-lamanya.. Hahhahaa. So ada sedikit gamble di situ. 

Nak buat diploma, boleh je adik adik ku sayang... Terpulanglah. Sebab diploma ni lebih kurang je beza masa dengan budak yang ambil asasi atau foundation ni. Beza setahun dua je. 

Diploma (3 tahun) + Buat Degree (2 tahun setengah) = 5 tahun setengah dapat degree
Asasi (setahun)     + Buat Degree (4 tahun )              = 5 tahun. ?? Sama je kan??

Maka, tamatlah sudah cerita merepek meraban merapu kita hari ni. Kalau korang rasa artikel gedik ni membantu awak orang, sila forward kepada kawan'' lain. ;)

Last but not least, selamat berjuang little babies!



Salam kasih sayang mucuk'' muah'' dari kita

Batch 26 Pujenk 3 Dinamikians :D


No comments: