Thursday, 10 May 2012

Dalam Hati Ada Taman Jugakkkk

Ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya..
Namun ku tetap berjanji akan masih mencoba...

Assalamualaikum. Wahh!! Blog yang komersial untuk ceritakan kehidupan kat India ini mungkin akan menjadi blog peribadi pulakzzz. Uwahaha. Izinkan kita menggantikan "kita" kepada "aku" agar mudah untuk menulis barang sepatah dua isi hati yang terlalu sarat ini. Cewahh!



Saat aku melakarkan kata di lembaran maya
Aku sendiri terkelu
Menanti bagaimana lagi untuk diperhati
Melihat isi apa lagi untuk aku penuhi
Menyanyi lagu apa lagi untuk didengari
Meluahkan pada siapa lagi untuk dirasai

Saat aku memikirkan apa dan siapa
Aku sendiri terpaku
Terhenti di sudut dunia
Terdiam seribu bahasa
Ternanti sepanjang masa
Tiada satu pun huruf mampu berkata

Hanya padaMu ku bertanya
Dalam setiap ikhlas sujudku ini
Siapakah nanti cinta untukku
Kerana aku sakit Ya Allah..

Aku teramat merinduMu 
Aku juga teramat menanti dia hadir, Ya Rabb
Terlalu takut untuk aku sentuh hatinya 
Kerana aku takut akan rosak 
Serosak hatiku dulu
Sakitnya hanya rahsia aku dan Kau 

Lalu aku memohon 
Ya Allah...
Jagakan dia untukku
Sembunyikan dia untukku
Pimpinlah dia untukku memimpinku
Datangkan dia halal untukku

Kau
Pemilik Hati
Pemilik Kami
Pemilik Zahir 
Pemilik Batin
Janganlah Kau lahirkan aku 
Sebagai fitnah untuknya
Jagakan hati aku
Jagakan diri aku

Penilai Jiwa
Pandanglah hati ini
Lihatlah nurani aku
Hanya Kau yang tahu setiap rahsiaku
Kurniakan aku dalam sabar
Menanti jodohku...


*oh tidak kita menangis!!*

Seriously, kita tak pernah simpan rasa sayang sangat, cinta sangat, rindu sangat macam ni. Awak orang nak tahu kenapa? Sebabnya kita tak berani nak luahkan pada dia sebabnya kita takut akan ditolak. Ditolak dari orang yang kita sayang amatlah sakit. Macam dengan Encik Z dulu. Menolak kita sebab tak kasi pakai tudung. Entah apa-apa jerkkkk............

Contohnya, bila awak orang gaduh dengan ibu awak orang... Mesti tension gila kan? Selagi tak dapat kemaafan selagi tu awak akan rasa bersalah... Betul tak? Rasa sakit tak? Rasa kehilangan kan?

Macam tu lah yang kita rasa bila rasa takut tu teramat tinggi. *menangis sat* Weh rindu weh.. Hahaha. :)
Tapi siapalah kita untuk mengungkap kata memberi rasa cinta tu pada dia. Masih lagi baru dalam dunia ini, walaupun usia tak menggambarkan akal, matangnya hati.

Kita kenal dia sebab dia tak suka couple'' ni. Dia anti-couple okay! Haha. Dia nak bercinta selepas nikah. Dan kita pernah cakap kat dia, yang kita akan tunaikan permintaan dia. Well, kalau ada jodoh, alhamdulillah. Tak ada jodoh... Jadi sejarah. Tak gitu? ;)

Kang kita declare kat dia kita suka. Mesti dia tak nak kawan kita lagi. Sobs sobs sobs. *menangis lagi*. So lebih baik kita simpan jerr apa yang kita rasa ni sendiri. Allah kan ada.. DIA mendengar. InshaAllah. 

Dan paling penting, dalam Islam tak halang pun kita nak bercinta, kan? Fitrah untuk manusia berkahwin, ada rasa sayang. *HIGH BEAM kat BERKAHWIN*

Tapi... Orang tu jauh laa awak orang. Cik Dayana pun selalu cakap 

kalau dia jodoh kita, takkan ke mana pun. Balik Malaysia menetap jugak. 

Wikikiki. 

P/S :
Ibu, carikan Gal calon suami
yang boleh bimbing agama macam dia
yang perangai budi baik macam dia
yang molek rupa macam dia
yang berakal waras macam dia


Paling penting 
yang lebih tinggi ilmu dari Gal macam dia.
Supaya Gal takkan melawan cakap suami Gal nanti. 
*kehkehkeh*

Ada lagi tak orang macam dia? :|


UPDATE**

Kita dah citer dengan Mimi...

Aku dah pesan kat kau, jangan main hati. Tapi kau degil. Kau kena sedar, kita siapa jerr kalau nak banding dengan diorang. Kalau dia suka tak mesti keluarga dia terima kau. Fikirlah Fatin.. Aku pun dah pesan jangan jatuh dalam sangat. Nanti susah nak keluar. Hishhh...

:)
#senyum kelat lagi.
 





No comments: