Sunday, 26 January 2014

Bersalin Kulit

Yeay! Berjaya untuk tukar warna, tukar susunan benda alah blog ni. Hekhekhek. Yeaayy. Sepatutnya aku tukar blog view ni setahun sekali. Tapi awal tahun tu busy gila. Hamek kau. Selepas 25 hari baru berkesempatan nak merobah benda ni.

Dengan rasmi, aku declared diri aku bebas bernafas. Sebelum ni aku agak depressed jugak sebab hal-hal yang tidak berapa berkenaan. Yang pasti, lepas ni kena lebih fokus on studies and present life. Ada banyak juga benda nak kena cover ni. Haiyo. So dengan bertukarnya muka blog ni, aku dengan ini ingin menjadi lebih meletops gitu haaa. Kena chayok3 buat tutorial, buat soalan PBL dan rajin menjawab soalan yang ditanya kawan-kawan. cari semangat kat matrik dulu T_T

Hoyeah. Kita juga telah menjadi single untuk beberapa ketika ini agak fokus kepada kerjaya dan karier. Aku akui aku seorang yang obses, male-minded, tak boleh fokus banyak benda. So aku dah singkirkan perasaan yang entah apa-apa aku ni semata-mata nak exam. Yeahhhhhhhhhh!

Mintak maap lah kepada orang orang yang stalked. Haha. Actually I banyak gambar nak post kat sini, tapi pemalas nauzubillah nak upload dek internet yang bapak selowwwwwwnya. Haa. Geram aku.

Haa. So bila kita takde boyfriend ni kan, aku rajin tengok drama. Haa. Tu jawapannya, fokus kat drama ni bagusnya sebab seminggu sekali jek. Hahaha. Skrip drama ni ditulis oleh Fatimah Syarhah ; Aku Ada Wali kat channel al-Hijrah. Best jugak. Aku rasa aku leh tetapkan hari, setiap Sabtu malam kena update youtube eebnu seena ni untuk tengok cite ni. Hehek.

Okay now nak tunjuk jugak lah haa ape benda aku dah buat hari ni.


beberapa minit kemudian.. bluetooth failed.


okay arini aku bangun bapak awalnye pun. Pukul 5.30 aku bangun, p gym.
Kemudian balik dari gym aku main-main internet ni ha. Pastu start buat breakfast bihun goreng dengan sambal sotong. Pastu makan-makan dengan Aiman, room mate baru aku.

Pastu Aiman p kelas, aku pun start kemas bilik. Sapu sampah, mop lantai 2 kali. Haa. Kemas stor, nak basuh bilik air tak sempat, sebab dah janji dengan Akhyar untuk buat clinical examination together. Fine. Okay g hospital.

Balik dari hospital, aku rehat-rehat jap. Pastu sambung gosok baju yang bertimbun timban tu. Haa. Sekarang ni nak p Reliance sebenarnya, tapi singgah kat blog jap. Malam ni ada revision sikit. Hehe! Okay. Itu jelah rutin yang tak berapa rutin. Nanti ada masa, aku update pasal room mate aku ni. Besttttt gilakkkkkkkkkk okay bye. Wsalam.

**Video ni buat masa meroyan beberapa minggu lepas. minggu ni aku abiskan buat**

No comments: