Friday, 3 January 2014

Twenty-two

Nama : Fatin Hazdzirah
Umur : ______ (doploh dua!)

Omaigeddd!! Assalamualaikum wbt dan solamat sojahtera. Wahhh, dah 2014 lah! Dah tua meh. Tapi, tua tak mesti kosong. Kena jadikan tua itu sebagai TUAH!

Ingat tak akhir tahun lepas aku ada meroyan sebab tak dapat kawen tahun ni? Haa. Maka, sekarang ni, aku kena la bersabar je lah sebab aku yang kena beralah. T__T sebab semua orang setuju jek tahun 2015, aku sorang je yang bantah nak 2014 (dah gatai sungguh ni).

Pembukaan 2014 ni aku mulakan dengan merancang sesi pertunangan dan perkahwinan dengan Inchek Syaqir. Miahaha. Memacam uollss nak beli untuk kahwin tunang nanti. Kawen tu opkos la nak jugak kan. Tapi since 2014 ni baru start, aku kena start fikir apa tema, warna dan bla bla bla lagi lah. 

So aku akan update kat post ni je la sebarang hapdet untuk majlis kitorang. Kalau nampak kosong-kosong tu maksudnya belum ade tarikh yang fix la tu. So harap bersabo sampai aku hapdet!


Tarikh : 9 Ogos 2014 - Besar kemungkinan tarikh ni -

Tempat : Batu Pahat, rumah ibu ayah aku.

Tema baju :______________

Tempah baju : D'Sara Impian (apsal nama macam taman perumahan jekk)

Katering : ____________(ni kena pikir dlu sebab takut orang datang kelaparan pulak xmakan)

Bilangan tetamu : max 200 orang.

Okay yang paling penting sekali ialah BARANG HANTARAN!~

Untuk diri aku, aku beli sendiri dan disponsor jugak oleh Inchek Syaqir ni (time ni kita kikiss sampai kuruihh mamat ni! hahahaha). Kitorang bincang-bincang nak amek 5-7 dulang jek. Sonang.

Dari lelaki 5 :

1-Tepak sireh = kepala hantaran katanya.
2- Hantaran + cincin tunang dengan merisik sekali = SETTLED
3-Songket sepersalinan =
4-Cakes
5-Manisan = tak sure nak fruit basket ke nak chocolate tower. Hmmm

Dari aku 7 dulang :

1- Sireh junjung = balas tepak sireh tu
2. Jam Tangan = Yang aku tengok tu beribu riban. Haha.. (kbye)
3. Samping + bju melayu = tengok balik nanti.
4. Bunga rampai
5.Pulut kuning dengan serunding
6.Manisan
7. Manisan jugak. LOL takde idea!


Okay lah esok ade test sebenarnya. Muahaha. k bye. Salam!





No comments: