Friday, 18 January 2013

Mandi & Keutamaan - I am BACK!

Hoooolaaaaaaaa :D Hello pembaca yang tak dikenali dan pembaca yang dikenali sekalian alam. :) Assalamualaikum kpd awak orang yang muslimin muslimat :) Salam sayyidul ayyam. Selamat ber-Jumaat :D Nak mengeluh la hari ni. Boleh tak? Mesti lah boleh kan. Blog aku, tulisan aku, keluhan aku.  Aku memutuskan untuk berpuasa penuh pada minggu ini memandangkan ketiadaan duit serta ketiadaan tenaga nak makan. Muka pun dah macam mayat hidup. Rasa nak demam je bila sampai waktu tengah hari.

Melihatkan countdown kat dalam tab tu, sedih ada, nak menangis ada, nak senyum riang pun ada. 

1. Countdown study week : 29 hari
2. Countdown exam : 30 hari
3. Countdown final exam second year : 185 hari
4. Countdown nak balik Malaysia :187 hari

Tu belum masuk lagi laporan klinikal yang nak kena amek dari pesakit kat hospital. Amboiiii skema betul ayat aku. Jap nak repeat balik..

Tu belum masuk lagi CLINICAL CASE REPORT yang nak kena amek dari PATIENT kat hospital. Haa. Nampak tak perbezaan perkataan itu? Takde makna nak memartabatkan bahasa Melayu kat sini sebab English pun dah jahanam bagaikan boleh dibuang-buang dicampak-campak ke laut tu sijil SPM dan MUET tu. Case report kena siapkan sebelum exam bulan dua ni. Phewww boleh nak cabut kaki berdiri lama-lama hadap patients untuk amek case. Dah la dengan language barrier-nya. Dah macam kita ni itik, bercakap dengan patient yang berbahasa ayam. Serius tak faham. Tapi, apa pun, alhamdulillah sebab Allah dah kurniakan bakat menggedik ni untuk aku guna body language and hand-sign untuk buat clinical examinations. Bagus pulak kat India ni ramai patient lelaki, senang sikit kerja. Masalahnya, asyik tak menyempat je nak buat case report tu. 

Sejak puasa ni, well aku bukan nak cakap aku ni bagus sangat puasa sunat. Ni masalah puasa ganti aku yang bertimbun 15 hari tu. Kang kalau mati sia-sia je berhutang puasa dengan Empunya Dunia. Haa, sambung balik. Sejak berpuasa ni, susah gila nak tido awal. Mungkin nak suruh aku berjaga lebih untuk ulangkaji kot. Atau mungkin boleh menyebabkan subuh menjadi lewat, selewat SUBUH DINOSAUR! Oh TIDAKKK!

Masa first day puasa, ada junior offer makan bolognese, aku pon dengan segan silu tolaklah sebab aku puasa. Pastu nak kuar pergi ke pasar petang tu. On the way nak pergi pasar tu, singgah laa kejap kat kedai aiskrim. Makan makan borak borak. Siap pergi pasar beli susu lassi (yogurt India) untuk minum balik nanti. Sampai kat bilik..... ALAMAK! Aku dah telan aiskrim satu kon! Cehh. Dah rupa budak darjah satu belajar puasa je.

Hari kedua puasa macam biasa. Letih sikit. Hari ketiga, dah sampai pukul 9 pagi, aku pon batalkan puasa dengan alasan petang tu ada attachment kat hospital. Yang sedapnya, boleh plak member aku si Anis ni bawak kurma sambil berkata, "Hazirah, aku lupa petang ni kena pergi hospital. Kau puasa eh? Kau nak kurma tak? Aku tak jadi puasa lah." Dan puasa aku pun hancuss juga hari tu.

Disebabkan kepenatan yang tak bisa ku tanggung lagi, malam tu aku tak boleh tido. Aku pon layan drama Setia Hujung Nyawa yang sekarang tengah on air kat TV3 pukul 7-8 malam Isnin hingga Khamis. Haa. Bersungguh aku promote ni. Sampai pukul 2 pagi pastu baru nak tengok jadual esok.. Ya Allah, kelas esok pukul 8pagi! Time tu jugak aku tido. 

Esoknya, pukul 7.46pagi baru aku bangun. Subuh memang ke laut lah. Perkataan pertama yang keluar dari mulut aku pagi tu, ASTAGFIRULLAHAL'AZIM. Dengan hanya menggosok gigi aku terus amek wudhu dan solat subuh sambil berdialog; "Farah, jangan bagitau orang lain kita tak mandi pergi kelas!"

Macam tak cukup tanah berlari ke kampus. Semput. Hari ni penuh puasa. HAHA. Walaupun dengan tak mandinya. Pukul 12 lebih macam tu aku pulang ke bilik balik. Haihh. Masuk je bilik tengok kucing-kucing sedang lena diulit mimpi. Atas katil plak tu. Aku pun tak sampai hati dan tak sampai tenaga nak mengamuk sebab letih gila, aku pun campak labcoat and slept with them. 

Petang tu aku sapu mop bilik, tukar cadar semua sebab bulu kucing tu dok merata pulak. Lagi satu sebab nak jadi rajin dan pembersih sikit. Dah jadi azam baru tahun ni kan. Hehehe. Pastu cuci toilet and masak pajeri nenas dan buka puasa fuyooooo sedap. HAHA. Okay perasan kejap. Faveret I okay. Dan malam tadi aku pun merebahkan diri di dalam sleeping bag pada pukul 2 pagi jugak selepas membuat nota yang dua minggu lepas aku tinggalkan; memandangkan si Anis sedang bertidur-tiduran di katil aku. And the cycle may be repeated today.

So hari ini hari Jumaat. Pagi tadi bangun awal alhamdulillah sebab tidur kat lantai. Maka aku nak cakap yang sebenarnya post ni nak sampai penghujung. Mestilah ada penutupnya. Ni la kesimpulan yang aku dapat dari minggu ni:

1. Boleh stay up tapi jangan subuh lewat.
2. Selalu tengok waktu jangan leka.
3. Kalau dah lewat tak payah mandi terus je pergi kelas. Yang penting gosok gigi.
4. Tak ada duit buat cara tak ada duit. Masak dan jangan makan di luar!
5. Sebenarnya puasa menguatkan otak dan tubuh badan, inshaAllah. Anggap je betul teori aku ni.

So itu je lah. Selamat beristiqomah dalam setiap perbuatan kita.

Nak petik kata-kata orang bijak pandai :

Shoot for the moon even if you miss, you'll land among the stars. 

Melantun lagi kalau ada free time in the future. ;)



No comments: