Seriously, memang tengah rajin nak menulis. Rasanya dalam sebulan ni, dah ada 3-4 posts kat sini. Aku pun tak tau kenapa aku nak merangkak-rangkak tengah malam dok menulis kat sini. Baiklah. Hari ini hari Rabu, 11 Rabiulawal. Kiranya esok 12 Rabiulawal. Baiklah baiklah. Ada banyakkkkkkkkk sangat perkara nak aku ceritakan ni.
Pertama. Okay. Aku suka kat someone ni, whom is someone yang aku suka lah kan. -.- apa ke pelik ayat aku ni. Senang cite, aku admire kat dia. Semua perkara lah. Dari perilaku, cara hidup, belajar. Mungkin sebab aku suka dia jadi aku puji dia lebih la kan. Heheehee. But the thing is dia memang tip top, nak buat macam mana,till the day yang aku pun cair dengan sikap dia..................
Tapi tu la. Aku ni kalau suka kat orang, memang aku suka gilaaaaaaa di mana aku tidak dapat nak mengawal tahap kegedikan dan ke-over-acting-an aku tu. Nak jadikan cerita, aku pun start laaa jadi comel-comel depan dia. Berangan-berangan la kan. Tetibe PUUUFFFF!!!! Aku terasa balloon box yang aku angan-angankan tu pecah.
Saya ni bukan apa, kalau boleh, tak nak lah kita ni selalu sangat berangan jauh jauh ni. Masih panjang. Tak tau ke mana. InshaAllah kalau ada jodoh ada la...
Maka, lenyaplah angan dan mimpi tu bagaikan terjaga dari nyenyaknya tidur malam di waktu winter. Mula mula rasa, ohhhhh mennnnnnnnn baru nak cakap sikit dah potong stim. Haiyak. Pastu mulalah aku rasa macam nak lempang diri sendiri. Rasa mulut ni cabul sangat. Gatal sangat nak bagi tau semua benda yang aku rasa pastu kena malu sendiri. SERIUS MALUUUUUUU! Dah la depan orang yang aku memang suka gila. Baiklah. Ini tak matang sikit. Tapi umur macam ni lah nak fikir siapa pasangan kita, apa kerja kita, prospek masa depan. Kalau tak fikir sekarang, takkan lepas grad? Dah la amek perubatan. Takkan nak bercinta dengan patient? Salah etika. Lelaki sekarang bukan semua elok sangat pun. Miahaha. Masa tu aku dah sibuk nak kerja. Kan? Logik tak?
Aku ada berbual dengan seorang kawan aku ni. Topik kitorang tak lain tak bukan untuk remaja kini tentang :
JODOH : CARI ATAU TUNGGU?
Dan berikut adalah antara isi yang kami bincangkan.
Pertama, kalau jodoh itu ditunggu, tanpa berusaha mencari, hohoo, KADANG KADANG, jodoh akan datang. Selalunya JARANG datang. Kebiasaannya MERAMPAS JODOH ORANG. Ooopst. :D
Kedua. Ada satu situasi di mana seorang hamba Allah ini sangat rajin belajar sampai taknak langsung tersuka tersuki kat orang. Takut hilang fokus katanya. Lepas grad baru cari. Dan bila situasi lepas grad, maka, terbitlah rasa cemburu yang bertamu di hati apabila seorang demi seorang sahabat dari universiti/kolej telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing. 70% pasangan, jumpa & berkenalan semasa belajar (tak kira dalam kolej ke, kat tepi jalan ke, pasar malam ke...), 22% semasa berkerja, 8% famili yang aturkan. Tapi faham-faham sahajalah, yang 8% tu berapa sangatlah kalau nak banding dengan budak-budak zaman sekarang. Ini bukan kahwin yang macam novel tu. Kawen pilihan keluarga, babak-babak romantik nak bercinta nak mengenali pasangan. 8% tu bukan semuanya single sebelum kahwin. Ada juga yang kahwin kerana kehendak keluarga. Pastu planning nak berpisah dengan isteri/suami yang halal itu lalu kembali kepada boy/girlfriend lama. Kawen kontrak la apa la. LOL. Sungguh drama!
Ketiga. Look everybodehh, kita semua manusia. Jadi adalah normal untuk kita doakan nama si polan bin/binti si polan itu jodoh kita. Tapi, yang ni, haruslah kau letakkan pada Allah. Doakan. Mintakan. Hanya yang TERBAIK Allah kirimkan kepada kita, bukan nama dia yang kau perlu sebut-sebut dalam doa. Sebab tu, tagline yang biasa kita dengar, "Ingatku dalam doamu" bukan "Sebut namaku dalam doamu". Ni pun aku nak pesan untuk orang yang nak buat istikharah. Kalau memang hati kau tu dah suka sangat kat dia, kau buat istikharah jumpa muka crush kau kelas kau sekarang pun kau cakap depan mak abah, "Mak, abah, memang muka dia yang ada dalam mimpi. Dah tiba masanya kami kena kawen la..." Puihh.
Kesimpulan dari perbualan kami : Tawakal, doa, usaha, ikhtiar, tawakal. Apa pun yang kita mulakan, ingat Allah. Dah dapat, bersyukur, ingat Allah. Ngerti? :)
Okay. Itu baru satu. Nombor dua perkara yang aku nak selitkan dalam post kali ini ialah, tentang fitrah manusia. As most of us know, lelaki & perempuan ni memang macam magnet. Ada attraction. Unless, korang spesis kaum nabi Luth as. Lelaki suka perempuan itu, perempuan ini suka lelaki tersebut, normal. Fitrah. Okay. Kalau tak tau apa itu fitrah sila rujuk tasawwur islam. Fitrah manusia ni banyak. Fitrah untuk beragama, untuk bekerja, untuk berkeluarga, untuk ini untuk itu. So kalau korang ada ter-crush ke takpe. Selagi tak kawen, kau crush je la berapa ramai pun. Yang paling penting, tak payah laa bijaksana sangat bagitau kat semua orang. kang kantoi siapa susah? Hangg dan muka hang jugak.
Haa itu jelah citenya.
Sebagai halwa telinga, aku persembahkan lagu faveret aku.
Okay. Mohon jangan melantunkan angan-angan sangat. Sekian. :)
No comments:
Post a Comment