Lesu. Selesu pengaliran isi dalam kantung pemikiran. Mujur rasa lelah datang dan pergi, jika singgahannya lama berdiri, mungkin aku tak lagi di sini. Sebaris persoalan muncul satu persatu. Siapa... Bagaimana... Ahhh. Gagal lagi mencari jawapan dalam kesepian malam.
Orang bijak menyelesaikan masalah dengan perbuatan, bukan dengan perkataan. Harapan tinggi pun akhirnya boleh jatuh menjunam tanpa usaha dari gerakan tubuh dan akal. Hm. Masih kabur dalam penulisan ini. Masih belum nampak ke mana jari nak pergi.
Tuhan itu Maha Tinggi, Maha Mengetahui. Tahu apa yang menyapa tangkai hati walaupun aku diam tanpa berbisik padaNya, pada sesiapa pun. Memang benar, tiada dua rongga dalam hati manusia; mana mungkin manusia cintakan kebaikan pada satu masa pada dia cintakan kejahilan.
Aku pun tak tau kenapa penulisan aku, behaviour aku sejak akhir akhir ni pelik. Mungkin dah sampai masa aku tinggalkan zaman kanak kanak, zaman kebudak budakan aku tu. Oh tidakk. Dah tua! Okay. Dah nak masuk 21... Betul ke aku ni? Here we go. The journey starts!
Tahun 2013 ni, azam aku nak jadi lebih positif, lebih terbuka dan lebih berusaha kearah kejayaan dunia akhirat! Baru baru ni, aku ada benda yang aku nak singkirkan, cuba nak kawal tabiat dan perangai tu tapi aku rasa susah sebab aku dah terlalu bergantung pada benda tu. Sampai lah satu masa, tiba tiba Allah kirimkan seseorang untuk bagi penampaq sedaihh dan buatkan aku kembali hidup normal dan kini alhamdulillah, aku hanya bergantung sepenuh harapan dan kepercayaan aku pada Allah SWT. :)
So kembali kepada topik asal. Aku dah ada target ini dan target itu dan inshaAllah, semua akan berjaya kot. Heehee. Peace! Hmm walaupun baru baru ni aku agak sedih bila seseorang dari masa silam datang balik, tapi aku ambil tindakan untuk redha je la. Bukannya aku dah letih atau penat nak melayan karenah manusia, tapi makin dilayan, makin dicabar pula perasaan nak marah. Semua orang tahu, aku bukan jenis yang suka marah marah, nak naik angin, jauh sekali.
Maka sekarang ni aku nak kena jelas dengan matlamat dan potensi yang aku perlu kecapi dalam tahun ni. Harus fokus dan teguh!!! Hoyeahhh.
Pertama sekali, aku nak terus istiqamah dengan jalan yang aku pilih sekarang. Aku tau aku ni tak adalah sempurna sangat, kata kata masih berbisa, gerak laku masih lagi bebas. Ada masa aku ambil ringan bab pakaian dan percakapan aku dan jugak perbuatan. Secara serius, aku nak ubah tu. Nak jadi lebih baik. Baru Allah pandang, kan? Bukan nak cakap Allah tak pandang aku selama ni, tapi aku nak jadi hambaNya yang macam orang puteh kata tu; apple of His eye. Cewahhh.
Kedua, nak jadi anak paling baik paling solehah paling itu paling ini paling semua nak paling lah. Tak nak jadi anak manja sangat. Nak jadi rajin. Nak tukar cadar paling teruk sebulan sekali, basuh pinggan lepas makan dan mandi on time. Hahaha. Azam ini mungkin pelik sebab selalu mandi lewat. Pinggan mangkuk kalau lepas masak memang aku basuh time tu jugak or lepas makan cuma lepas stay up or breakfast, aku memang suka rendam cawan. Hee. Adakah itu satu tabiat buruk? Tapi pada aku normal je, cuma nak perbaiki diri lah.
Ketiga, nak kumpul duit. Ini tak bermakna aku ni hamba duit. Sebenarnya nak kumpul duit nak beli aset. Nak beli kereta lah kononnya. Impian macam bagus je. Haha tapi duit tu mungkin akan aku gunakan untuk bayar hostel, bercuti, beli tiket balik atau apa sahaja lah yang aku rasa perlu. Priority nak pergi umrah. Tapi macam lambat lagi jer.... Duit dapat dalam USD500, dan aku akan gunakan USD300 untuk simpanan. Hee. Doakan aku agar boleh survive! :D
Keempat, nak jaga kesihatan, nak jaga tidur, nak jaga semua. Semua otak yang cerdas bermula dari badan yang sihat. Wahhhhhh rasa macam buat iklan dengan Dr Fadzilah Kamsah pulak. Heheehee.
Kelima, nak jaga ukhwah sesama muslim muslimin. Well, aku tau aku ni taklah baik bebenor tapi kita kena selalu bersangka baik sesama manusia, tak kira lah dulu dia penah buat jahat ke atau kita penah buat jahat kat dia, jadikan perkara lalu sebagai benteng dan tembok untuk kita tak teruskan lagi perkara yang kita rasa teruk tu.
Keenam, haih rasa macam nak buat check list kahwin pulak. HAHA. Okay now baru masuk bab kahwin. TO BE FRANK, kalau ada orang lamar kita or kita lamar orang which is memang selalu, kita akan SAY NO sebab kita memang tak sedia hape pon. Setakat nak mengusik tu hahaha tu memang perangai kita. Suka tengok reaksi lelaki bila tengok perempuan ushar atau lamar mereka. Tapi tu lah. Keseronokan tu macam tu je. Tak kekal. Nak kekal lama, haaa, silalah lamar pada waktu yang tepat. Tunggu duit yang aku SIMPAN SENDIRI cukup RM15K baru aku boleh cakap nak kahwin bila. Oh ye, I am already a mom to my baby bear, I named him Iman. Naluri keibuan ini tidak dapat dipisahkan ;) please lahh cepat umur 23 nak graduate nakk kawennnnnnnnn.
Ketujuh, nak jadi room mate yang baik, nak jadi tukang masak berjaya dan paling penting, nak jadi sahabat yang dapat mendekatkan sahabatnya kepada syurga. Fuyyooooo memang macam ni jerrr kalau tulis tapi ya Allah, perasaan besar dalam dada tu memang tak boleh nak diterangkan. :)))))) Okay plan nak jadi tukang masak tu memang dah ada. Rasanya, nak jadi "cooking doctor" kalau ada rezeki nanti, inshaAllah. Tu pun kalau bakal suami I ni kaya raya nak bagi modal kat aku untuk buka restoran sendiri. Harapnya bukan sekadar impian tulisan je. Nak jadikan realiti!
Hmm pelik kenapa awal penulisan agak serius tapi akhirnya, jadi tak serius jugak. Tak matang lagi lah aku ni nampaknya. -.-
Nak gunakan kita awak tu pun boleh, cuma rasa macam tak serius sangat. Bila gunakan AKU ni rasa macam nak buat akujanji. :) Apa pun bahasa dan gaya cerita, diharapkan semua yang tercatat di sini akan aku cuba jadikan panduan untuk lebih baik dan wise dalam kehidupan. Semoga lantunan hati ini mendapat keredhaan Allah dan semoga lantunan iman ini dapat dikongsikan kepada semua! InshaAllah. Kbye. Nak tido. ZZZzZzzzzZZZZzz.
No comments:
Post a Comment