Friday, 4 January 2013

The First Step

Hellllllllo. Assalamualaikum. Haaa! Nampaknya jari jemari ini telah mula menari nari. ;) Baiklah, untuk hari ini, kita nak ceritakan apa yang tertangguh dalam utusan yang sebelum ini. Banyak yang terjadi dalam minggu ni. Ish, banyak yang sungguh, teramat, paling terbaik pernah jadi dalam hidup. INI SERIUS!

Lets move on. Jangan mengantuk! Hari Ahad lepas join akak usrah pergi usrah. Bagi yang baru nak berjinak bermesra dengan usrah, meh kita bagi introduction. Usrah ni secara ikut suka hati kita ialah satu kumpulan, satu bulatan gembira! Yeah bulatan gembira. Ini kerana, kita akan duduk dalam satu kumpulan yang biasanya dinamakan "halaqah" atau secara bulatan, lutut bertemu lutut gitu.

Dalam usrah ni, kita akan penuhkan masa kita bercakap pasal Allah, memuji dan mengagumi kebesaranNya. Hoyeah. Bukankah itu comel habis habisan? Haa. Itu la usrah bagi pemahaman kita. Tapi hari Ahad lepas, usrah yang kita pergi ni berbeza kerana kita didedahkan dengan ISK iaitu "Ini Sejarah Kita".

INI SEJARAH KITA

Harus diakui, kita ni kalau bab sirah dan sejarah memang agak hampeh gitu, tapi kita suka dan kagum pada hero hero Islam dahulu kala. Kat ISK kita belajar macam mana Islam boleh naik, Islam boleh turun. Best! Okay. Setakat itu. Tetiba ada satu akak ni tanya random,

Hazirah, APA TUJUAN AWAK HIDUP??

Fuyoo. Apa awak orang agak kita nak jawab? "Khalifah dan Abid". Jawab dengan penuh bergaya padahal sebenarnya tak faham pun apa itu khalifah, apa itu abid secara batinnya.

Tiba tiba datang satu perasaan yang, "Eh, kau ni tak malu ke cakap dengan orang tujuan hidup nak jadi abid nak jadi khalifah tapi tang mana yang tunjuk perangai khalifah & abid tu pun tak nampak....?" Berperang dan monolog dalaman bermula. Jiwa kacau.

Okay. Jom patah balik dalam hidup ni.

Solat hajat - Biasa kita dengar "semoga kita mendapat keputusan cemerlang, lulus dalam peperiksaan" tapi sebenarnya, kalau tak lulus pun tak mati kan? Kan Allah je yang bagi semua tu. Ish ish ish. Senget niat kita ni.

Menutup aurat - To be honest, kita memang nak pakai tudung. Nak dan usaha dengan usaha terbaik. Alhamdulillah, dah takde la post kat FB freehair lagi, kat India pun fully covered. But once in Malaysia, haihhh. Jeles tengok adik free hair, tengok saudara mara semua tak pakai pun hand sock, tak pakai socks, so kita pun tak pakai la penuh penuh. :( So kat mana kita letak hukum Allah ni? :(

Ukhwah - Sesama sendiri, sesama ahli bait, ahli jamiah, astaghfirullah... Bukan nak kata tak bertegur sapa, tapi kalau bertegur setakat "hmm", "hai", actually kita tak berapa suka sangat. Mulut manis berbicara tapi senyuman indah tanpa gula. Ikhlas memang tak boleh dinilai tapi boleh dirasa sesama insan.

Okay now get back to our track. Terkedu dan time tu jugak kita menangis melalak. Nampak naluri dan perasaan indah yang Allah campakkan dalam hati kita masa tu. Satu hari menangis. Esoknya satu hari sakit kepala sampai ada satu akak ni cakap, "Hazirah awak sakit kepala ni fikirkan masalah umat ke?" Aduhai... Bahagia sangat (bukan sindiran tapi sumpah bahagia)!!!

Apa benda yang kita nak cari dalam hidup kita hari ni?

Sebenarnya kita ni nak cari syurga ke?

Atau tak nak masuk neraka?

Terlupakah kita pada redha Allah?

Tepuk dada tanya iman memang tak boleh pakai sekarang.

Pegang kata kata Imam Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Semoga kita dan awak orang sama sama mencari dan mendapat lantunan iman ;) inshaAllah




No comments: