Ku hilang dalam ramai di kala hujan renyai
Tangisku tahankan berderai
Ku hilang dalam ramai tanganku hulur longlai
Hasratku simpan tak tercapai
Kau berpaling dan pergi
Membuatku sangsi
Bunga mawar bersusuk duri
Kau berpaling dan pergi
Mencuri nurani
Ku berpaut bayang sendiri
Petikan Lagu Hilang Dalam Ramai (Exist)
*jiwang sat*hehe*
Jika Tuhanku bertanya padaku
"Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?"
"Kau sembunyikan dosa dari makhlukKu?"
"Dan datang padaKu dengan penuh dosa?"
Assalamualaikum readers! Cewah. Apa khabar iman hari ni? Poyo tak? Gedikkkkk kan~~ Hehe. Ada orang tu tak suka imannya ditanya-tanya. Betul juga, iman, kalau dia jawab "okay, iman aku okay hari ini". Nampak sangat imannya semakin menurun. Riak. Iman kita ni tak boleh share dengan orang lain. Hanya kita dan Allah je yang tau. Kadang" sharing is caring. Tapi iman ni bak kata Raihan, tak dapat diturunkan dari bapa ke anaknya, tak dapat dijual beli. Dijual beli ni luas. Maksudnya, jangan juga kita menjual iman kita di bibir sahaja, sedangkan qauli, fi'il kita ni tak menunjukkan iman sedikit pun. Iman tu sekali lagi ditegaskan hanya untuk kita dan Allah. :)
Apa eh tanda" iman? Comel kan? Banyak yang selalu kita dengar kebersihan sebahagian dari iman. Sabar separuh dari iman. Hoho. Lagi separuh kan mana? *okay tak lawak tau Hazdzirah*Tapi kita nak cerita pasal MALU SEBAHAGIAN DARI IMAN. ;) Hm. Masa kita baca potongan ayat tu dari FB, kita rasa macam ada perasaan tak best. :( Sedih pun ada. Malu pun ada. Kan? Awak orang ada timbul perasaan malu tak?
TIDAK MALUKAH KAU BERMAKSIAT PADAKU?
Terasa meremang bulu roma ni masa baca ayat ni berulang kali. Ya. Malu tu ada. Dah lah hidup dengan oksigen yang Allah bagi free, tak susah pun, kena ikut apa yang diperintah dan tinggalkan apa yang Allah kata JANGAN, tapi masih lagi tergedik-gedik nak buat perkara buruk! Oh damn!!!
Malu.. Banyak kali rasa malu. Tapi tu la. Tak tau kenapa rasa malu tu hilang mudah je bila ada yang memujuk. Serius! Rasa macam sia-sia je selama ni jaga perasaan malu yang menebal tu tapi boleh hilang sekelip mata bila ada nafsu nafsi yang memanggil menggoda. Sedih sangat. Sampai rasa tertekan sebab risau, adakah bila kita tak rasa malu tu bermakna kita ni dah tak beriman? Frust menonggeng la kalau dapat buku catatan dari malaikat Raqib tengok" amalan selama ni semasa dalam keadaan beriman (malu) lebur hancur hilang macam tu kerana sekali hilang rasa malu pada Allah.
Orang bercinta selalu ada ungkapan
"Kalau dah sayang watpe nak malu"
#EhTerasaKe?
KAU SEMBUNYIKAN DOSA DARI MAKHLUKKU?
Ya. Kita selalu buat macam ni. Baling batu sembunyi tangan. Tak nak orang melihat keburukan kita. Kalau bab ni pandai pula kita bersyarah. Menjaga aib lah kononnya. Tak nak mengaku juga? Haha. Tapi kita lupa, akhirat nanti Allah ada sediakan satu cinema yang Maha Dahsyat untuk memaparkan kelakuan baik buruk kita sepanjang roh dipinjamkan pada jasad. Fuh. Kalaulah semua orang tengok apa yang kita dah buat selama ni, mesti malu gila. Malu. Malu. Malu. Malu. Malu. Malu! Argh stress!
HAHA SIAPA PENAH BUAT BAIK MENGAKU CEPAT!
Walaupun kita ni nampak macam bagus ke, bijak pandai ke, segak anggun ke, cikgu ke ustazah ke, atau bos ke kuli ke, Tuhan tak pandang semua tu. Apa yang Allah tengok ialah taqwa kita, iman kita. Esok lusa dalam kubur, awak orang ingat lidah awak orang yang petah bercakap masa hidup tu ke yang boleh jawab soalan" Munkar & rakan setugasnya Nakir? Haishh masa tu dah terlambatlah awak orang oii.. Sia-sia je atas dunia ni dengar talkin dan hafal semua jawapan yang kita dan awak orang belajar sejak dilahirkan sebagai Muslim ni. Yang menjawab semua soalan" tu ialah IMAN, AMAL dan TAQWA. Berbalik pada topik. Apa yang kita nak cakap sebenarnya ialah, jangan lari dari kesilapan. Sebaliknya, akui kesilapan itu. Belajar dari kesilapan dan kekhilafan yang dibuat pada masa lalu. Janganlah kita berselindung di balik status keturunan kita, atau taraf pendidikan dari aliran agama, atau pun merasakan cukup dengan syahadah sudah menjadi tiket ke syurga. Well, kita mengaku kekadang iman kita pun ada turun naiknya. Alangkah takutnya bila nanti soalan ini benar" Allah tanya pada kita......
DAN DATANG PADAKU DENGAN PENUH DOSA?
Oh... This is bad. :( Tak nak la macam ni. Nak mati dalam iman. Nak husnul khatimah. Semua orang nak kan. :) Bagus awak orang semua ni kerana masih lagi sabar membaca. :D Sekali sekala kena didik hati tu supaya jangan leka baca hiburan je ;) Hoho. Cuba berfikir di luar kotak tengkorak tu kejap. Agak" lah kan, waktu awak orang dah buat perkara tak baik, pastu cakap, "takpe, esok lusa boleh taubat/boleh solat taubat/Allah tu Maha Pengampun"...........Awak orang ada rasa macam awak orang ada menggunakan kebaikan Allah tu untuk ikut apa je yang awak orang nak buat? Agak" ada rasa bersalah tak? Dan bila tetibe awak orang mati tanpa sempat bertaubat agak" awak sempat tak niat "Ya Allah, aku tadi ni nak bertaubat, tapi tiba" Kau nak amek nyawa aku... Aku ... Aku .." Pastu mati. Pergh. Ke mana lah perginya roh itu nanti. Minta dijauhkan dari diri kita dan awak orang sekalian. Nauzubillah!!
Bukan niat di hati ini nak menakutkan awak orang, nak mem"macam-bagus"kan diri kita sendiri. Tulisan ini sekadar coretan rasa hati yang imannya ada naik dan jatuh bak kata orang puteh fluctuation of faith. :(
Ehe. Last not the least, nama baby teddy kita Iman. ;) Ada sebabnya kita namakan dia iman. Kengkonon kalau sebut nama Iman tu boleh la membataskan angan" yang sedari dulu memang kuat berangan.
Sekian, lantunkan iman setinggi langit, jatuhkan ego sedalam-dalamnya.
Wassalam~~
Peace uolls ;D


No comments:
Post a Comment