Meowww moewww.
Ting tong ting tong tiong tiong (eh?)
Salam sejahtera dan selamat malam. :) Assalamualaikum pemanis bicara pembuka kata, doa buat semua. Wah rasa macam kita nak masuk pidato pulak. Apa khabar semua? Harap semua sihat dan gedik cantik macam kita.
Beberapa post sebelum ni nampak berat dan meletihkan. Letih dan penat. Kadang" nak bercerita pada semua yang kita letih sangat walaupun baru Tahun Dua. Ya Allah, tuhan je yang tau. Tadi baru habis tengok drama. Heehee. Macam biasalah. Kita ni geng bas sekolah yang suka tengok drama Melayu, Cerekarama, Astro, apa" je la. Kita jarang layan k-Pop macam kawan kita. Even Cik Dayana pun suka tengok drama drama Korea.
Errr. Perlu ulasan ke mengenai drama Antara Garisan? Hidup ini walau tinggi atau rendahnya maruah kita, cuma dipisahkan oleh satu garisan halus. Bila kita melangkah lebih dari garisan tu, maka waktu tu, kita dah jauh dari landasan yang sebenar. Boleh tonton kat youtube. Walaupun kualiti video dia ada 6 bahagian, dan agak teruk, tapi rasanya berbaloi bila amek pengajaran dalam tu. :)
Oh, yes. Blog kita ni dah tak best ke? Kita pun rasa blog kita ni dah merapu merepek. Sedih tauu :(
Actually banyak sangat perkara kita nak cerita tapi tak tau nak mula dari mana. Well, I know that some people said blog ni kena la matang seiring dengan usia penulis. Tapi kita dah memang macam ni jerrr, the dark side of me is gedik so comel. Nak buat cam mana. Tu pun nasib baik kita tak tulis dengan ayat minah rempit.
CuBeW awOrK oWAnG ba-YunK-kaN LaW kItEr tOOLeEs cAm NieY meStI aWoRk OWanG RaCeW nuCk CewpAk CeWpaK kItEW eN? EkCeLLy KiTEw pOwN RaCeW leTiH NucK tOOLeEs mAcaM nIeY TaW.
Fuh. Rasanya nak buat kecik BESAR kecik BESAR tu je dah 15 minit. Tension sungguh. Macam mana lah cikgu mereka ajar English agaknya, atau bahasa Melayu? Kita tolong ibu pernah tanda kertas English budak form 1 form 2. Pergh, memang teruk tau. Kalau kat FB tu, boleh lagi kita gelak" tapi bila kita dapat paper dari student, rasa sedih pun ada. Past tense berterabur. Singkatan jangan cerita. Haih.
Hmm. Bila fikir balik, ada hikmahnya kita mengambil medik. Kalau laa kita jadi cikgu, memang nak kena lempang aje budak" yang tulis macam tu. Oh ye. baru" ni nak pindah ke hostel baru. Jadi kita pun kemas la barang" yang kadang-kadang berharga untuk dibawa bersama. Contoh barang" yang kadang-kadang berharga itu ialah baju yg bertimbun", kotak" dan tidak dilupakan buku!! Buku" ni penting sangat sebab kat India, International Medical Books sangatlah murahhhhhhhh O.O
Nak tengok keadaan bilik sekarang? Memang macam tongkang pecah. Nak pindah bilik lah kononnya.
Huru hara masukkan balik kotak dan luggage.
Abaikan apa yang tak patut tu. Maaf.
Hehe. Nampak tak dalam gambar tu yang warna jingga tu? Kita baru beli luggage baru. Weehuu. Cantik kan? Ibu kita yang tolong kita belikan. Harga memang la mahal sikit tp luggage tu best. Sebab tak berat macam luggage yang biasa. Tak ada pun jenis kain. So boleh jimatkan luggage weight and boleh tambah banyak barang. Masa balik Malaysia tu, Fatin bawa balik 30KG MAKANAN SAHAJA!! Dan dalam tu memang ada makanan je. Nak tengok? Next post nanti kita tunjukkan pulak. Hehe. Dan awak orang ada nampak tak beg yang dalam box warna kuning tu? Tu backpack PUMA ye awak orang sekalian.
Backpack tu kita beli masa kita kat Bangalore. Murah kot. Rs2999 je. Kalau kat Malaysia mau makan RM400++ lebih. Kengkonon niat di hati tahun ni nak berjimat cermat lah. Nak beli itu ini disekat sekat.
Nak beli Samsung Note 10.1 instead of iPad sebab comel! :D
Oh yeah. Samsung Note 10.1 ni lebih best sebab ada S-Pen dia tu. Pastu, untuk clinical class senang sikit. Tak perlulah kita nak terhegeh" bawak buku atau laptop untuk baca slide bila nak refer case. Pastu boleh buat call. Itu yang penting. iPad takde, cuma boleh skype je. :D
Oh oh oh! Banyaknya isu dalam tulisan kali ini. Bila idea datang mencurah, macam macam kita nak tulis. Tapi takpe. Ada masa terluang lagi kita akan cuba ceritakan pada awak orang semua tauu. :D Rindu awak orang sangat"!
Jumpa lagi dalam lantunan akan datang!


No comments:
Post a Comment