Thursday, 20 September 2012

Awak Skodeng Kita Ekkkk???

:)

Awak suka tengok kita dari jauh kan? Hee. Tak pe. Biar kita bagi salam dulu. Assalamualaikum awak! Dan awak orang yang lain! Rasa pelik pula sejak naik tahun dua ni, balik tengah hari terus sahaja ke bilik, campak buku dan beg atas katil, dan terus amek wudu'. Letih sangat. Kena terus kuat untuk dapatkan ijazah perubatan. Uwaaa.

Masa tahun satu, untuk pengetahuan awak orang semua, pelajar tahun satu diwajibkan untuk mengambil makanan di kantin yang dibayar sebanyak Rs5000 sebulan selama setahun. Untuk tahun" pengajian yang seterusnya, diberikan kelonggaran untuk tidak mengambil makanan kantin atau nama glamournya di sini "mess".

Makanan kat mess bukannya tak sedap, cuma kalau selalu makan, rasa 'kick' pada makanan India ni akan berkurangan. Masa mula" makan makanan kat mess memang pelik. Sambal ayam tu cili dia tak masak langsung. Cibi *ciritbirit* tau kita masa tu. Tapi tak adalah teruk sampai kena masuk hospital. Biasa" je. Mess tutup hari Sabtu untuk makan malam. Jadi hari Sabtu boleh masak sendiri, yang lebih best dan lebih sedap dari makanan kat situ. Uweekk.

Tapi bermula hari ini baru kita sedar kepentingan menjaga makan dan minum. Fuh. Tanpa diet yang sempurna, mana mungkin kita bertahan tahun lepas. Dengan sakit dan kesibukan melanda diri, nak memasak memang tak sempat. Alhamdulillah masuk tahun dua ni ada ruang untuk memasak dan tergedik gedik di dapur bersama Cik Dayana.

Cantik tak karipap yang kami hasilkan? So kami dah boleh kawen kan?? :D 

Kat Habba the Unrestaurant. Nama pelik gila. Hut concept. Best tapi mahal dohhhhhhhh


Penat. Balik je kelas ada je homework. Kadang kadang rasa kosong sikit jiwa. Yela. Teringat beberapa bulan dulu, kita rajin online, rajin berhubungan dengan seseorang yang kita rasa rapat dan dekat di hati kita *cewaah* tapi sejak naik kelas ni dia busy sikit. So kesian kita sebab dah tak ada kawan *emo* tapi tak apa. Kita tau awak orang rajin stalk kita kan? Kan? Tak baik tipu tau. ;)

Tak boleh paksa orang kan. Sedih la jugek. Tapi ibu kita selalu pesan, kalau bukan jodoh kita, bawa hati dekat" pun tak guna.  Haha. Well, kita tau awak orang selalu stalked kita. Sebab tu kita nak dekat dengan awak orang supaya ada jodoh nanti kita boleh jumpa, inshaAllah.

Owh yeahh. Sebenarnya kita ada blog tak rasmi yang kita kumpulkan banyak gila cerita suka duka. Blog ini secara rasminya untuk cerita yang best" je. Saja nak cerita perkara perkara yang menghiburkan hati awak orang khususnya room mate kita Cik Dayana. Kita suka dengar dia tergelak bila baca blog kita.

  Sooooo sweeettttt kalau Cik Dayana baca ni kaannnn....

Okay. Rasa macam tak percaya kita dah jadi senior. Junior kita pulak ialah kawan" masa kat SAMURA dulu, yang mana masa kat SAMURA mereka ialah batch mate kita!! Howa. Oh. Bercerita semula pasal blog tak rasmi kita. Kita nak buat satu cerita pasal ibu yang derhaka pada anaknya. Bunyi macam terbalik, tapi bagi Allah, rasanya tiada satu pun impossibrruuuu :) Jadi, nantikanlah cerita itu yang bakal kita hasilkan, mungkin pada hujung bulan November. :) Doa" kan supaya masa terluang ni banyak kita penuhi dengan aktiviti berfaedah sikit. Yelaa i kan dulu ada boypren so i busy sangat uollss :D

Till then, i love you ;)  kita jumpa lagi selepas beberapa hari ini ;D
















No comments: