Wednesday, 24 October 2012

Aku Sebagai Pesakit

Selamat malam. Salam. :) 

Well, kita dah buat house warming untuk bila baru. Oh.. Kita ada janji nak post gambar makanan kita kan? Tapi kita tangguhkan dulu boleh? Kita ada perkara yang AMAT AMAT penting nak cerita. 

Okay. Kita cerita pasal episod rumah baru ni dulu lah ye? Kita x buat apa-apa best pun. Buat bolognese je. Senang je cara" nak masak ni. Tak payah nak ikut sukatan ke apa. Sebab tu kita buat.

Bahan-bahan:
Bawang putih
Bawang besar
Halia sikit (taknak pun takpe. ada aku kesah?)
Tomato
Lobak Merah
Cendawan Butang
Lada Benggala (capsicum merah,kuning,hijau)
Brokoli (yg hijau tu okay awak orang jangan tak kenal pulak)
Daging Kisar
Basil
Oregano
Lada hitam
Puri Tomato 

Meatball:
Bawang putih 
Bawang besar
Daging Kisar
Lada Sulah (kalau tak de ganti lada hitam+garam sikit)
----> buat bulat2 pastu goreng asing-asing okay?

Cara-caranya
1. Tumis bahan-bahan the first four.
2. Masukkan carrot, dan puri tomato.
3. Masukkan yang lain-lain tu.
4. Masukkan meatball. Letak garam sikit.

Kalau nak bagi pekat, letak tepung jagung sikit eh? Oh. The main thing is, tomato tu kena banyak-banyak. Okay. Memang malas nak tulis panjang-panjang. Sebenarnya memasak ini ikut logik je. Awak orang campak je la apa-apa je dalam masakan tu. Gerenti jadi, dengan syarat, masa memasak tu sentiasa berselawat. :) 

Dan kita makan dengan banyaknyaa fuyooo sampai rasa perut ni keras dan bila palpate, hyperresonance kot! Penuh sangat. Actually kita teringin sangat nak makan Spaghetti Bolognese ni... :( Jadi, kita buat sendiri sebab lambat sangat nak tunggu adik-adik junior tu datang. Miahaha. 

Actually beberapa hari ni, kita asyik moody je. Semua tak kena. Ini tak boleh, itu tak cantik. Aish.. Nak datang bulan kot. Tapi tak ada pun...? Setiap hari tension tunggu bila nak period, sampai dah masuk lewat LAPAN minggu ni. Letih tau macam ni. 

Semuanya gara-gara kita berhenti pengambilan pil perancang Diane-35. Since dah lama amek pil ni, iaitu sejak dari tingkatan 4, maka, kini tibalah masa untuk kita berhenti dari membahayakan kesihatan diri sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, pil perancang atau dalam istilah perubatan oral contraceptive pill (OCP) sejenis pil untuk mengimbangi hormon dalam badan. Tempoh untuk kita mengambil pil ini ialah 5 tahun, dan tak boleh lebih 5 tahun. Kalau lebih, jangan risau, masih lagi hidup, cuma berisiko tinggi untuk mendapat serangan strok ye. :(

Ohhh haiihh. Fatin rupanya makan pil perancang.. Pemikiran sempit sesetengah orang ni buatkan kita rasa rendah diri. Actually, pil perancang ni banyak la fungsi dia. Ada yang nak mengawal kehamilan dan merancang keluarga, ada juga untuk mengimbangkan hormon dalam badan. So, untuk kes kita, untuk seimbangkan hormon.

Mengakui diri ini tak sempurna, kita harus akui yang kita sebenarnya mengalami PCOS (polycystic ovary syndrom). Sejak dapat tahu kita ada penyakit ni, kita agak macam stres juga. Selalu rasa rendah diri. Bayangkan pada umur 16 tahun, awak orang telah diberitahu bahawa kebarangkalian untuk awak mendapat zuriat sendiri ialah 10% je......

Masa tu rasa kelam. Blank. Rasa aish... Kenapa banyak-banyak orang aku yang kena eh? Baca kat internet pasal penyakit tu. Tak banyak kes di Malaysia pada waktu tu. PCOS banyak berlaku dalam kalangan orang-orang dari benua Eropah dan Amerika. So bertambah loser rasa diri ini. Dan masa tu kena start diet, PCOS dikatakan berpunca dari masalah berat badan. The thing is, bila berat normal, rajin main hoki pun, tetap tak ada period...

Serius sedih gila. Orang tak tau. Nak cerita dengan ibu kita pun kita rasa cerita ni dah basi. Nak sambung treatment kat India is like impossibruuuuu sebab doktor-doktor kat sini lebih nak cari untung dengan delayed case berbanding memberi treatment. Teringat treatment yang pernah kita jalani sebelum ni, kita buat kat Hospital Putra Batu Pahat. Kena amek air kencing, ujian darah. Macam-macam la. Kena buat scan lagi. Dah rupa mak orang masa tu.

Ini tak bohong okay. At times, rasa nak muntah, tekak perit. Moody, jangan cakap la. Asyik nak swing mood je. Mula-mula pening waktu pagi macam morning sickness tu. Mual pe bagai. Pastu dah berlarut sampai ke petang. Sumpah tak best. Breat plak rasa macam tak selesa. Breast tenderness. Bila tengokkan gaya, memang sekali tengok macam orang mengandung dua bulan. But I am actually suffering of amenorrhoea. Absence of menstrual cycle.

Okay penat cerita pasal perkara ini. Solusinya? Dengan mengawal berat badan. Awak orang nak tau berapa berat badan kita sekarang? Dah naik 13kg dalam masa dua bulan ni. Dah kalah orang beranak okay!~~~ Sekarang berat 73 kg kot. Tapi tak nampak kat mana kan? Aritu g amek gambar pun tak perasan sangat kat mana yang gemuk tu. Haihhh.. Tapi rasa badan memang rasa berat la. Nak buat kerja semua lesu. Nak tido je rasa. Metabolisme rendah. 

BUT!!! Macam mana nak pregnant dengan 10% je peluang untuk mengandungkan zuriat sendiri? Jengjengjeng.. Hehehe... Boleh la penyakit ini diperbaiki dengan beberapa jenis dadah ubat kesuburan. Kalau tak jalan jugak, buat permanian berhadas atau buat IVF (in vitro fertilization) which is percentage untuk berjaya pula hanyalah 5-7% je. Kui2. Cuma yang menjadi kepeningan dan keberat-otakannya sekarangi ini ialah penerimaan encik suami yang bakal dikahwini. Fuh. Boleh ke awak terima saya macam ni?

Alhamdulillah, kerana penyakit ini, kita kurangkan cinta kepada dunia ni. Sampai kan kita pernah berfikir yang kalau kita kahwin nanti suami kahwin lain pun tak pe. Sungguh tidak bermotivasi. Kalau ada barang hilang, duit hilang, tak pernah nak fikir untuk cari balik. Sebab percaya itu kifarah dosa dari Allah, iaitu, Allah menarik nikmat perlahan-lahan.

Sebab tu lah apa yang kita nak kena tekankan kat sini, Iman, percaya pada qada' dan qadar. :) Macam mana pun kata doktor, kata pakar perubatan even if kita sendiri ialah pengamal perubatan, kita tak boleh memberikan keyakinan 100% dalam jangkaan kita. Kerana, semua ini adalah KUASA ALLAH SWT. Kun Faa Yaakun, Dan kalau kita ada anak, memang kita akan namakannya Iman. ;)

Untuk masa sekarang, kita cuma boleh bersabar dan menanti dengan redha. Semoga Allah memberikan yang terbaik. 

Bila lagi nak lantunkan lagu gurindam cinta buat Iman, mama tunggu ;)



















No comments: