Hi. Assalamualaikum :D Mujhse Dhosti Karoge ni tajuk filem Hindi. Boleh la cari sendiri kalau nak tau apa ceritanya sebab kat sini bukan kaunter pertanyaan.
Oh yeah. Sejak akhir'' ni banyak gaduh dengan orang. Meh la kita cerita sikit cara" nak pilih kawan yang baik tu eh.
BAU WANGI
Adios Amigos!
Oh yeah. Sejak akhir'' ni banyak gaduh dengan orang. Meh la kita cerita sikit cara" nak pilih kawan yang baik tu eh.
BAU WANGI
Nak jadi sahabat yang baik, kena bau wangi, wangi tubuh wangi hati. Kalau muka cantik tapi hati rosak, boleh duduk bermuhasabah sikit kat tepi jalan ni. Bermuhasabah lama pun takpe. Lagi digalakkan. Bau wangi ni ada banyak. Mulut pun sama. Senang nak bagi CPR kalau tetibe dapat kawan yang kena semput.. Senang nak bagi bantuan pernafasan mulut ke mulut. Heheee. Free of charge gitu :P Cuba bayangkan kalau mulut bau longkang. Pergh. Longkang takpe lagi. Yang kuat mengata mengutuk tu. Haish... Nauzubillah.
Ada jugak nak kongsi hadis ni..
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan darinya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samaada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak" (Riwayat Abu Daud)
Rasa macam ada boyfriend kat sebelah sebab deodorant ni bau lelaki...
*wat muka comel*hewhewhew*
MUKA TAK CANTIK TAK HENSEM SANGAT TAPI KAYA BUDI
Selalu berpegang pada prinsip ni, 1 kau buat baik, 1000 aku bagi baik. 1 kau buat taik, sejuta aku taikkan kau. HAHA. Nampak tak permainan dia kat situ? Menjadi lumrah manusia. Yang miskin pun tak nampak miskin walaupun miskin tak berduit untuk berhias rupa. Nak jadi popular punya pasal, nak capub (cari-publisiti) punya angkara, maka duit elaun dihabiskan untuk membeli baju, mekap, tali leher dan kasut yang beribu riban. alah aku pon sama jugak actually beli kasut sampai Rs3000 (RM200++). Pastu kalau hensem mesti ramai orang usha, kalau cantik pun orang ramai nak masuk line. Tapi apakan daya, kerana muka cantik tapi hati macam cikai tu cuma laku kat pasar malam. Tak perlu nak jadi orang lain semata-mata nak memenangi hati kawan.
SATU DAN BERKUALITI
Ibu selalu pesan, kalau esok lusa ada anak, tak payah ramai nanti tak terbela. Biarlah sikit tapi bermanfaat sepanjang hayat.. Contohnya macam nak cakap quality over quantity. Tak perlu kejar gelaran ibu mithali sangat kita ni. Heheehee. So, dari percaya dan ada 10 kawan baik, memadailah dengan mempunyai 1 kawan baik yang boleh hidup susah senang bersama, jatuh bangun bersama.. Tido sebantal tapi bukan berkongsi satu pasangan yg sama!! Hehe.
Pernah tidur dengan kucing atas katil pastu kucing tu plak tolak kita dari katil.
Hampeh!
KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI SEORANG MUKMIN/MUKMINAT!
Riwayat Ibnu Babawaih
Rasulullah saw ada menerangkan :
"Tiap orang mukmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak dari orang mukmin yang lain:
Memandangnya dengan penuh penghargaan.
(usha ala kadar takpe kot)
Menyimpan mesra dalam hati kepadanya.
(mesra, senyum, baru ayu. Ni kalau dia sombong je awak orang cantas cepat" k)
Menghulurkan simpati dengan harta sendiri.
(pemurah! tak berkira! itu penting dalam ukhuwah, semua milik Allah)
Mengharamkan perbuatan mengumpat keatasnya
(Orang perempuan selalu banyak macam ni... Hampeh)
Menziarahinya ketika sakit.
(kita doktor .... so? *hewhewhew*)
Mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia)
(penghormatan terakhir laaaa lebih kurang macam tu)
Tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja selepas kematiannya.
(Bak kata orang.. Orang dah tak ada tak baik disebut-sebut buruknya)
Err tetibe nak jadi ustazah pulak kan. Miahaha. By the way, hari tu kawan lama masa kat matrik contact whatsapp kita. Kita pun bagi la gambar" kita kat India ni... Pastu dia macam terkejut. Katanya, dulu kita bukan main melawan nak tunjuk hero dan macam bagus kat matrik. Sekarang dah pakai tudung. Hehehe.
Okay perasan.
Haa. Sebenarnya dulu kita pun macam tak berapa okay sangat. Dulu kita takut nak pakai tudung cam sekarang. Kita risau sangat kalau pakai tudung nanti selekeh serabai. Tapi si Farid ni adalah mamat yang first time cakap kita cantik pakai tudung. Terharu uolss hehehe.
Okay. Sampai sini je lah cerita kita. Esok lusa kita lantun cerita baru kasi lentokk terbaikk punya!



No comments:
Post a Comment