Thursday, 17 May 2012

Ketupat Plastik

Assalamualaikum and a very good morning, good afternoon, or even good evening to all my friends. Rasa macam dah buang tabiat pulak. Macam nak bagi ucapan dalam oral presentation pon ada. Hehe.. ;)

Hari ni nak cerita apa pun tak tau sangat. Almaklum sajalah. Sangat bizi dengan kehidupan first year. Aritu dapat result exam. Alhamdulillah. Okay dan lulus~! Hahaha.

Masa lapang kat India ni tak banyak benda boleh buat. Memasak. Makan. Besarkan badan. Tido. Baca mukabuku. Shopping. Habiskan duit beli sari. Mengadap blog yang propa jer lebih ni. Haha. Apa lagi? Basuh baju. Itu je la kan? Tapi sumpah awesome buat kerja'' rumah ni. Mak aihh! Satu je yang kita kurennggg suka nak buat ialah, membasuh pinggan... zzzzZZZzzzzzZZZZZZzzzZZ. Memang sadaqallah.. Kalau rajin, baru basuh pinggan. Kalau tak, Hehehe. Rasanya ada pasangan on the bed yang baik hati tolong kita kan Cik Dayana? ;)

Kita tau. Mesti awak orang ternyata tertanya'' kenapa kita tak post cerita best'' lagi kan? Asyik cite pasal cinta, hati, jiwang''. Hihihi. Sorry la awak orang semua. Kita ada ke'problem'an beberapa ketiak eh ketiak pulak. Ketika dahulu. Maaf typo. Jadinya banyak posts yang bermain di minda ini siarannya tergendala seketika. Hihi. 

Okay. Kembali pada topik perbualan kita dan awak orang. Sambung balik yer. Haa. Hari tu.. Masa Cik Dayana merayau pergi makan'' meninggalkan kita seorang diri di kamar beradu, kita puas mengemas barang'' runcit yang baru sahaja diborong secara besar''an dari pasar raya terdekat, Reliance Fresh!

Seperti di Malaysia, balik dari The Store, atau Carrefour, setiap plastik yang dibawa keluar dari superkecik market ini bernilai. Harga macam biasa ikut saiz. Kalau besar Rs 3-4. Paling murah Rs 1. Kecik setoet je la. So bila dah banyak'' plastik menyemak dalam kamar beradu ni, rasa lemas pulak. Kadang'' cari plastik untuk buat alas sampah tu tak jumpa kat mana. Sengal punya anak dara!!!

Jadinya, awak orang semua, kita akan menceritakan bagaimana untuk mengatasi rasa bosan, especially yang putus cinta tu, haha. Boleh cuba yer. Sebab kalau memasak time putus cinta ni memang confirm tak sedap! So hari ini kita akan buat ketupat plastik. Hihihi.

Ramuan : Plastik shopping. 
Bahan'' lain, tenaga, masa, dan tv depan mata/ movie Korea/ drama Melayu yang sweet''.


 Pertama sekali, sila baringkan plastik tegak''.

Baringkan plastik ala'' Superman.
Enfa Mama A+ pon jadi laa. Boleh supply folic acid!


Then, lipat dua plastik tu. Lipat dua kali supaya saiz dia dah nak sama dengan area pemegang tu.

Lipat cantik'' macam lipat spender. Ok?


Pastu, bermula dari bawah plastik, 

Lipat..bucu tu bagi segi tiga.. 

Abaikan jari gumuk kita.. Fokus pada lipatan...!!

Dah sampai penghujung cintakuu. Cewahh!

Bila dah sampai hujung tu, tinggalkan baki sikit supaya boleh la menyelit-nyelitkan saki baki pemegang plastik tu nanti.

Hasilnya taraaaaaaaaaaaa!!!

Ketupat Palas Perisa Plastik!!! Yeah!!

So awak orang semua, boleh la cuba resepi ni. Baru ni. Kalau plastik hijau, lagi cantik. Letak dalam pinggan. Nak prank kawan'' pon boleh! :D Selamat mencuba! :D







No comments: