Monday, 14 May 2012

Best Of Me. Part 1

Weee. Assalamualaikum!! Ada macam tajuk album kan? Hehehe. Berikut merupakan antara hasil karya otak yang sedang menjiwang sedap di usia remaja. Tatkala hati disapa sakit, taktakala hati disambut riang. Cewah. Enjoy laa kan kalau tengok balik kot'' boleh release tension. Kita memang tension sebenarnya. Sebab da tak de duit. Uwaa. Kena la buat side income. :(


Aku pun sudah lelah terus-terusan menebakin teka-teki hati kita. Lantas kutitipkan satu lagi komentar hati ini buat tatapanmu. Moga nanti, suatu hari, kamu bisa, mencari Chenta Surrieya dalam dimensi masa yang mengijinkan...

Kaseh, cinta kita adalah kenyataan, merealisasikannya adalah impian.

aku.dia.kamu

Sehingga satu hari, aku menyatakan satu persoalan yang aku sendiri pelik. Kenapa kau sangat teruja untuk menjawabnya. Aku mendengar pandanganmu mengenai pacar. Dan aku kagum. Hujahmu begitu bernas. Tapi sedikit pun tak melekat di ingatanku. Aku silap lagi waktu itu. Aku akui. Aku pun pernah beritahu kau tentang ini. Apa yang berlaku, itu sekadar rasa…..

Seingatku, kau juga sama, ingin mempromosi diri sendiri seperti kebanyakan lelaki. Tapi aku silap lagi!! Kau kata kau hanya berterus-terang, tak pandai mengayat. Aku mebenarkan sahaja sementelah kau secara telus membilang Huda masih dirindui… Aku cuma mengakhiri perbualan kita dengan berkata, andai kau punya masalah, aku sedia membantu. Misiku cuma untuk menjadikan kau medium bagi aku menunaikan dendam kesumatku. Tapi aku tetap mengkhilafkan diri!!!!!!!

Buat Is, Warkah Yang Terakhir.

Ku sedar siapa diriku di sisimu
Ku harap suatu hari kau kan mengerti kasih
Siapa diriku di sisimu
Pengorbananku bagai tak pernah dihargai
Ia bagai angin yang berlalu
Sayangku 
Ku tahu kau tak ingin begini
Tapi kau sanggup lakukannya.. 
Betapa hatiku hancur musnah berderaian
Tidak seorang yang memahami hati dan perasaanku

Siapa Aku Di Sisi Mu..

perkara yg menyakitkan hati ni adalah ape yg awk lakukan untuk sy.trima kasih.sy hargai sgt".
maaflah, sy tak boleh trima semua nih lagi.

Rasa Kecewa Ada Bila Kaki Penat Berlari

16 DISEMBER 2006
Cuti sekolah pada hujung tahun ini Yaya habiskan dengan menonton televisyen. Hendak ke rumah mak tok…tak boleh pula kerana mak tok telah pun berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Hendak bekerja pula Yaya dilarang. Abi malu jika Yaya bekerja. Macam abi tak cukup wang pula buat menanggung Yaya. Abi semacam tak mahu pulang ke sini lagi. Sudah berhari-hari lamanya abi ke rumah ibu. Abi sudah lupakah tanggungjawabnya di sini? Ummi pula asyik hilang sahaja. Ajim sudah pandai melepak. Akhirnya Yaya menyendiri di dalam penjara mewah ini. Yaya menangis dalam hati. Yaya rindukan famili Yaya.
Yaya mematikan langkah dan terus melompat ke atas sofa empuk di ruang tamu. Tangan Yaya pantas mencapai alat kawalan jauh tv dan memicit-micit punat-punat getah yang bernombor. Yaya tengok penceramah kegemarannya sungguh dedikasi menyampaikan motivasi. Tajuk hari ini juga cukup menarik minat Yaya. Ujian ALLAH, Kesabaran dan Hikmahnya.
“Hai orang-orang beriman! Carilah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat! Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar.
Janganlah kamu katakan mati kepada orang-orang yang terbunuh dijalan ALLAH itu, tetapi mereka itu orang-orang yang hidup
(hidup dalam kebahagiaan di alam lain), sayangnya kamu tidak mengerti.
Dan sesungguhnya Kami akan memberikan ujian dan cubaan yang sedikit buat kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanah.
Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Iaitu orang-orang yang apabila ditimpakan padanya bala, diucapnya: Sesungguhnya kami kepunyaan ALLAH, dan kepada-NYa kami akan kembali.
Merekalah orang-orang yang mendapat ampunan, kehormatan dan rahmat dari TUHAN dan merekalah orang-orang yang menerima pimpinan yang benar.”
Surah al-Baqarah (2: 153-157)

Yaya cuba fahami maksud ayat-ayat suci itu.

Tangisan

“Adrian…kenapa aku selalu rindukan kau?” soalku seakan rengekan anak kecil.
“Sebab aku selalu mendengar setiap rintihan hati kau. Aku je. Kau mana ada kawan baik. Dan aku berjanji yang aku akan selamanya berada di sisi kau. Cuma kau saja yang perlu tunggu aku.” Adrian menghadiahkan senyuman manis menyerlahkan lesung pipit yang menhiasi pipinya untuk menghiburkan hatiku.
“Aku tunggu kau? Berapa lama lagi masa yang aku perlukan? Aku dah penat menanti. Lelah, tau tak?!!!”
“Sayang, aku mahu kau setia menanti aku. Anggap ini satu cabaran buatmu. Cabaran untuk melihatkan kesetiaanmu kepadaku.”
“Aku tak sanggup lagi menunggu kau. Tak sanggup. Satu kolej dah riuh pasal aku yang tiada pasangan nanti. Aku butuh kau, Adrian. Sangat memerlukan.”
“Aku harap kau faham akan tugasku yang hanya boleh menemanimu buat sementara waktu sahaja. Fahamilah aku.”

Realiti Antara Mimpi



Ada banyak lagi kot. Haha. Tak tersangka kita ni jiwang gila. Hahaha. Ada siapa siapa tahu tak macam mana nak hantar resume ke Alaf21 atau ke KakiNovel atau Buku Prima? Nak buat side income ni~ :(

No comments: