Sunday, 7 July 2013

The Bright Side of You (Weight Management)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera uols. I hari ni nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah sebab I dah habis ganti puasa walaupun hanya tinggal 3 hari lagi je nak Ramadhan. Haa. Uols boleh ke jadi cam ni? :P

Ni la efeknya sebab Ramadhan tahun lepas ponteng puasa 16 hari manakali waktu period kita ialah 22 hari, gara-gara hormones unbalanced. Untuk pengetahuan semua, kita telah pun menghentikan sebarang pengambilan hormon tambahan dan juga hormones stimulator sejak awal tahun lalu. 

Seperti yang ramai orang sedia maklum, kita telah makan pil hormon Diane-35 (sejenis pil perancang untuk pesakit PCOS) sejak kita 16 tahun lagi. Baru-baru ini, kita ada kesedaran sivik sebenarnya nak kawen untuk menghentikan pengambilan pil tersebut sebab banyak side effects contohnya sakit jantung, obesiti, rendah imunisasi dan lain-lain yang awak orang boleh google sendirik. 

Kita akhirnya berhenti makan Diane-35 semasa Peperiksaan Tahun Satu, lebih kurang bulan Jun/Julai tahun lepas. Yes. Berat badan memang mencanak naik macam letak 8 guni beras 10kg atas timbang berat tu. Almaklum sahajalah, lepas exam first year tu terus balik Malaysia, raya. Lagilah badan tu ibarat tepung gandum dibubuh ragi. Mengembang sekembang-kembangnya. Yes sekali lagi! 79kg sebenarnya! Tapi poyo-poyo malu bagi tau orang 75kg je. Hehehehe.

Ditambah pula dengar kes putus cinta la, crush tak layan la. Maka, bertambahlah selera nak makan. Sehinggalah pada suatu hari, kawan kita ajak kita pergi gym. Masuk pun secara harom sebab tak nak bayar for the first time. Kengkonon macam nak p sebab trial je. Tapi rasa best gilak. Maka, sejak itu, kita pun berazam untuk memberikan sepenuh komitmen pada body kita yang cutting dah lari sana sini ni. Gigi lawa letak besi railway station pun tak guna kalau badan macam nangka pakai baju. Oh gosh. Mintak simpang please!

Start work out di gym pada Mac. Dengan berat sekitar 75kg masa tu, tak banyak exercise yang boleh kita buat. Nak berlari tak boleh, nak melompat tercungap-cungap. Yang boleh kita buat ialah jalan laju atas treadmill dan yoga. 

Jalan Laju.
Jalan laju ni best sebenarnya. Sebabnya, kita boleh praktis pernafasan kita. Bila jalan laju, kita enjoy bernafas melalui hidung berbanding hang berlari dan tercungap nafas pakai mulut. Letih ooo. Sebab rasa tekak haus. Bila dah expert sikit, naikkan kelajuan tu, kalau ada incline, naikkan incline. Lagi curam lagi bagus. Perasan tak, pendaki gunung biasanya banyak daki kurus dan fit? Yeah. Kita takmau kurus yaa awak orang sekalian. Apa yang kita mau ialah FIT! 

Apa yang paling penting bukan berapa jauh hang berlari. Kita taknak tau berapa KM telah awak orang lari, berapa minit serta berapa lap. Apa yang penting ialah jumlah kalori yang telah awak hanguskan semasa berlari/jalan laju. Yeahh. Itu lebih baik. Pastikan kalori yang telah dioutputkan lebih dari kalori yang awak orang inputkan.

YOGA.
Haish HARAM beryoga ni. Katanya memuja tuhan Hindu. Pada kita, yoga ni nama je. Nama lain bagi yoga iala pilates. Yoga ni pun nak betulkan pernafasan supaya kita ni dapat oksigen yang berpatutan dengan apa yang otot kita buat. So, tak ada lah naik tangga pun tercungap-cungap semput. Memang best!

Main point kat sini ialah, kawal cara pernafasan. Bila kita amek oksigen dengan padu, darah pun akan dapat cukup oksigen dan elakkan kita dari cepat letih. Bila kita tak selalu letih, kita akan aktif. Bila kita aktif, kita akan bbq-kan lemak-lemak kat badan kita. Maka, akan cepat lah turun berat badan tu nanti.

DIET?
Well, den ni takdo rajin bona nak diet ko kawal makan ko. Sebab kita ni kuat makan jugak sebenarnya. Tapi! Tapi! Tapi! Caranya ialah, makanan yang nak dimakan tu kena compensate dengan rutin.

Lazimi 30 minit sebelum makan berat, minum air masak banyak-banyak! Ini supaya bila awak orang makan nanti rasa cepat kenyang, so tak banyak sangat makan sebab perut kembung!

Awak orang suka roti? Kita suka! Tapi kita amek roti penuh gandum (wholemeal bread). 
Suka susu? Susu rendah lemak.
Suka ayam? Suka daging? Buat sup ke, tomyam ke. Rebus2 la sikit. Steam pun sedap.

Yang pasti, mesti makan sayur/buah. Wajib harus mesti tahu? :D

Almost everyday juga kita ke gym. Dan yes, merekod berat juga satu tindakan yang baik lagi bermanfaat sebab bila hang tulis angka 70an ke 60an itu adalah nikmat yang tidak mungkin dapat dirasaikan oleh orang-orang yang hanya minum shake sambil tahan makan tengok orang lain dok nganga mekdi. Rugi! Lagi-lagi nak raya ni. HAHAHAHA. Dan percayalah, apa yang awak orang usahakan, awak orang akan lebih menghargainya berbanding sekadar usaha minum milkshake. okay sebenarnya milkshake tu mahal thats y i prefer turun berat pakai exercise.

Akhir kata, pesanan penaja, buatlah baju kecik sikit dari saiz awak sebab bila 1bulan puasa ni sama dengan 30 hari sama dengan 390 jam tanpa makan (ni kiraan bagi mereka yang dalam sudah menapous, wanita-wanita mumaiz yang boleh berpuasa penuh serta jejaka yang belum mati pucuk kot?)

Alhamdulillah, itu jelah benda yang nak share. Sekarang? 64kg. 15kg jugak tu. Dalam masa hampir 4 bulan jugaklah. Kalau masuk testimoni milkshake mesti ramai gila orang nak beli produk tu. HAHAHA.
Okay post ini dibuat setelah tadi berbuka makan bolognese dan random sebab Syaq kita telah tidoq semasa ceq busy buat case report. Sekian, selamat kurus lah untuk body yang sihat, cantik dan untuk raya jugak.

No comments: