Monday, 29 July 2013

The Arrival Part-1

Setengah jam sebelum mendarat, kapten kapal terbang AirAsia dah bagi arahan untuk pakai tali pinggang keselamatan. Kita akan mendarat di Kuala Lumpur dan suhu bla bla bla, sila tukarkan jam mengikut waktu Malaysia bla bla bla... Aku terus pandang Anis kat sebelah kiri aku.

"Weyh. Cuak kau tau tak?"
"Eh kau ni, dah nak sampai. Nak cuak apa. HAHAHA."
"Risau, excited, semua ada. Kau lainlah. Nak jumpa Zafar tu dah la memang classmate lama."
"Hehehehehe. Tu la. Aku dah lama rasa cuak ni. Sekarang kau rasa... Nervous kan?"

So once aku touchdown Tanah Melayu, perkara pertama aku buat ialah try sms. Kot la boleh. Dan berjaya.

"Syaq, I'm homeeeeeeeeeee"

Ada la berbalas dua tiga mesej. Tapi aku cuak. Aku antara yang terakhir meninggalkan arrival hall LCCT. Sekitar 1.15 am.... Beli top up maxis tu dulu. Kang in case apa-apa senang dah ada duit sikit nak call. Ye, memang aku tercari-cari jugak. Tapi taknak la over sangat so aku banyak berbual dengan Anis. At last, aku tak jumpa sesiapa pun. Frust gila. So masa tu aku fikir, dia lambat kot. G beli makan dulu ah. By the time nak menghala ke satu coffee house apa tah tu, aku nampak syaq. Omgg. Selekeh! Haha.

Lama jugak aku amek masa nak bagi topik apa supaya tak awkward krik krik krik. Masa dia first cakap depan-depan, okay aku admit dalam hati "laaa. kecik je suara dia. hahahaha" Yela, kalau nak banding dengan suara aku, memang meletops bom kebabom la kan. Aku dehydrated. Beli air.

Masa aku nampak soya tu, brand Seasons. Soya branding ni manis sikit. Aku suka branding Marigold. Tapi bantai je la. Tu je yang ada. Aku bayar, wat hal sendiri. Masa nak bayar tu, boleh plak budak kaunter tu panggil aku akak. Oh mennnnnnn. Do I look too old? Then aku tak hirau apa dah. Teguk pakai straw. Dengan sekali minum tu, terus sendawa macam bagus. OMGGGGGGGGG aku baru teringat, Anis pesan awal-awal jangan sendawa depan Syaq. Argh. Terlepas. HAHAHA.

Okay now what? Kitorang dok berfikir nak makan apa. Masa tu depan McD.

"Hahaha. Chop syaq. Jap jap.. Hahahah. Biar fatin cakap dulu"
"Cakap pe?"
"Saya sayaaaaaaangggg awak. Saya rinnnnnnndu awak!"
Senyum tak nampak gigi pulak dia ni.
"Okay saya dapat aaa McFlurry tu?  Kan?"
"Hahahaha. Boleh je.."

Itu la aku dah kata, kalau betting makanan ni, memang aku menang la kan. Lagi-lagi McFlurry Oreo tu. Aduhai. Actually aku cabar, siapa boleh confess depan-depan macam tu akan dapat free McFlurry Oreo. Haa. Tapi nampaknya memang aku menang, so Syaq supposed to give me a treat on that. HAHA. Waitingggggggggggggggggggg. HAHA.

At last, kita pergi kereta Syaq.
"Agak-agak kalau Syaq unlock kereta, kereta mana yang akan menyala lampunya?"
BMW ke  mini cooper ciplak ni?
"Yang kuning ni laaaaaaaaaa. Elehhhhhhhhhhh."
"Haahahaha. Dua-dua tak menyala!"
Bengong. HAHA. Unlock kereta tapi tak on lampu. Okay. Nampak bijak juga macam mana nak masukkan luggage oren aku tu dalam kereta sebab berat nak mati. Uwaa Sedih di situ.

Perjalanan diteruskan dengan log out dari LCCT tu. Haha. Kengkonon nak p sahur la kan. Aku dah start mamai dah. Jauh gila cari kedai makan. Sampai kat satu area tu, ingatkan ada kedai mamak ke, kedai makan ke.. last-last jumpa hotel bajet. Ada la dua tiga buah. Haram jadah betul aku menyumpah dalam hati.

Lepas dua tiga kali pusing, baru stop kat kedai char kuew tiau abang kelate. Tak cukup keras la kot. Aku perhatikan dia makan. Dia asingkan kerang. Udang tak makan. Resdung. Hahaa. Bila aku rasa kuew tiau tu. Rasa pahit. Kapur. So aku dah agak mesti kerang tu kerang kapur yang kering. Bila aku rasa betul-betul, aku pun asingkan. Kang sakit perut esok mau niaya. Ada 2-3 jam nak tunggu sabby.

Lepas makan, kitorang stay kat Petronas yang ada lepas simpang keluar LCCT tu. Berbekal kan air cincau, kitorang pun berborak dari segala topik. Borak-borak-borak-borak sampai aku tertido.

Fuhhhhhhh... Penat gila. To be honest, rasanya aku puasa nearly 48 hours kot. Khamis tu lastday exam. Malam tu jugak terus naik bas. Berbuka sekadar makan sepotong kek marble, sekotak susu strawberry, beberapa tegur air sirap bandung. Sahur untuk Jumaat tu makan 4-5 suap nasi goreng serta 2-3 teguk air mineral. So total intake of calorie aku kurang 1 liter air, kurang 1000kCal. Jadi masa dalam flight, aku melantak sepuasnya. Sampaikan abang steward tu boleh jadi kamcing la kan ngn aku and Anis sebab muka kitorang je asik mintak servis.

Sedar-sedar dah subuh....................



.............to be continued.............


No comments: