Sunday, 14 July 2013

Selamat Bercinta

Kita memang jauh.
Jauh sejak kita berkawan.
Awak utara, saya selatan.
Kita dekat kerana cerita.

Cerita cinta kita berbeza.
Awak dan dia.
Saya dan dia.
Jauh kita tetap bersama.
Teguh mendengar memberi kata.

Jauh lagi semakin hari.
Tapi tak sempat berjauh hati.
Makin dekat makin hari.
Menanti detik bersatu hati.

Bila amuk datang meradang.
Antara kita akan tenang.
Tiada kalah tiada menang.
Agar tak terbit rasa bengang.

Jauh kita kerana warna.
Saya gelap awak terang.
Awak gelap saya cerah.
Gurau je, jangan marah! :p

Jauh kerana kita berbeza.
Awak garang, saya manja.
Awak marah, saya toya.
Hamba turutkan kerana cinta.

Awak yang baik.
Awak yang sabar dengan gila saya.
Kenapa awak pilih saya.
Itu soalan utama.
Saya suka dengar. 
Setiap jawapan. 
Pasti berbeza.
Saya tulis dalam buku. 
Supaya awak mencintai setiap apa yang telah awak katakan.
Dalam baik dan buruknya saya.
Dalam bersih dan kotornya saya
Dalam bijak dan bodohnya saya

Selamat bercinta dengan saya pak aji. :)
Semoga kita boleh pergi lebih jauh bersama anak-anak awak. 




2 comments:

syaqir said...

cintaku cintamu
terduga dek lautan Hindi
yang kuharap kau di hati
sampai nanti cinta bersemi

amboi*

Unknown said...

ehem.. k. fatin ni mcm dh angau teruk sngt ni..perlukan rawatan telefon lah saya pakar segala pakar di dunia...hehehehe..
wink~wink~ jgn marah