Assalamualaikum uols. Haa. Kita rasa hari ni kita nak start balik la cakap kita-awak orang instead cakap AKU-KORANG. Sebab kita rasa kita lagi sesuai cakap macam ni. Kita ingatkan cakap aku korang ni boleh jadi matang tapi hampeh jugak. Lorr. I tau I kasaq luaq tapi dalaman ini, naluri ini aduhai........ Sungguh lembik sebenarnya. Haa.
Okay yayang, you tengok blog I kan tadi? Rindu laa tu :P I pergi gym, pastu batery phone flatted. So sorry la tak dapat reply you. Esok pergi kelas belajar elok-elok ye. Saaaaaaayang yayang!
Okay sesi bermanja tamat.
Lets back to reality.Cewah!
Banyak pro and cons dalam hidup ni. Contohnya laki dan perempuan, ibu dan ayah, akak dan abang. tisu dan kertas, toilet dan jamban, makanan dan mekdi. Padahal, semua tu sama je. Sama di sisi Allah. Tu yang kita maksudkan.
Masa kita kecik kecik dulu, kita ni suka gila minum susu. Kita tak suka susu coklat, coklat dan apa sahaja tentang coklat kita reject! Unless kita tetiba datang bulan ke,datang buang tebiat ke, datang muka minta penampo ke, masa tu boleh bagi coklat. Normally, kalau orang offer kita coklat, kita jarang amek, tapi kalau coklat tu mahal, Ferrrorororororr (sebenarnya tak reti eja) Roche ke, Hershey ke, gua amek jugaklah sebab gua tau, orang yang suka makan coklat pun tak mampu nak beli, inikan pula orang yang dihulurkan coklat mahal, kalau tolak, maksudnya bodoh sombong. :D
Hari tu main kuiz-kuiz dengan pak aji kita. Bagi homework.
SENARAIKAN 10 KEBURUKAN KAMU
Maka telah kita senaraikan 10 keburukan kita yang memang tak perlu lagi disangkal. Tapi selepas game itu, kita muhasabah dan muhasarawak diri, rasa eh aku ni ada 10 ratus lagi keburukan. HAHA
2. Kita paling susah bila orang ada masalah. Kita ialah orang yang tak reti cakap tidak. Kekadang rasa tak mampu nak tolong tapi try juga nak tolong. Tu adalah problem paling besar ye. Maka, sikap ini amat berdosa di sisi kita.
Contoh drama sebabak:
SITUASI PERTAMA
You nak jadi GF I tak?
Errr... Tengok la... Okay kot.
-----phuiii the end------
SITUASI KEDUA
Weh, nanti kau bayarkan makanan leh tak? Duit aku tertinggal.
Aritu last kita makan sape bayar seh? (sambil pergi bayar)
-----phuiii the end------
3. Tak berkira duit. Mungkin sebab tu juga aku tak ada saving. Last year beli kain untuk makcik-makcik je naik beratus jugak. Kalau kita simpan duit duit tu ada dalam RM1000 jugak kot. Untuk adik kita, kita beli jersi PUMA untuk dia. Dia runner. Olahragawati la katakan. Kita sayang adik. Untuk abang, belikan sweater shirt PUMA satu. Okay. Sebenarnya kita sayang je adik-adik kita. Cuma kita tak reti expresskan sebab kita selalu perasan kita anak tunggal. Ok. Ok.
Next is, boleh pakai silver, emas putih dan apa sahaja yang bukan kaler emas. Kalau nak bagi pakai emas kuning jugak, kena letak emas putih sekali. Haa. Ni nak cakap ni, aritu kita try balik pakai rantai Encik Z bagi. Tapi sayangnya masa kita lap badan pas mandi, loket dia tu tersangkut kat tuala. Pastu errr loket dia dah detached dari ring. So I kept it dalam almari je. So I guess berkubur la cerita itu bersama rantai tu. Takde hal aku nak jual balik. Tu semua duit. HAHAHA. Okay saya jahat. Well, balik Malaysia nanti la baru fix balik. Aduhai teruknya bahasa rojak.
Manusia Paling Selekeh jatuh pada kita. Kita sangat-sangat selekeh especially sejak pakai tudung. Serius. Kita dah berapa tahun tak pakai tudung. 19+1 tahun free hair. 1 tahun baru belajar pakai tudung, tutup aurat sepenuhnya masa di India. Dapat tarbiyah kat sini. 19 tahun hidup kepala masuk air. Pergi kerja free hair. Bangun pagi, mandi, kuar rumah rambut basah pun tak ada orang kisah. Balik sekolah tak pakai tudung. Sebab muka tak sesuai bertudung. Serius. Muka kita tak cantik kalau pakai tudung. Tapi kalau pakai shawl cantekkkkkkk sangat! Hehehehehehehehe. Tapi kalau pakai tudung, satu hal nak keringkan rambut, nak gosok tudung, nak cari brooch. Leceh. Hahaha. Tapi ada hikmahnya jugaklah. So kita boleh bangun awal pagi, mandi dan keringkan rambut. Okay nak keringkan rambut memang memerlukan semangat yang kental. Sebab rambut gua lagi hebat dari rambut Neelofa. Mungkin sebab itu Encik Z tidak membenarkan gua pakai tudung, sebab selekeh dan tiada nilai cantik selepas bertudung itu.. Adehh apsal aku sebut nama dia je ni. Tension. Haaaaa.
6. Kita tak boleh fokus pada dua benda dalam satu masa. Kalau A tengah bercakap dengan kita masa kita tengah cari jawapan untuk soalan PBL, kita akan suruh dia berhenti bercakap atau kita sendiri akan berhenti dan pandang muka dia untuk fokus apa dia cakap. This is because I have male brain, psychologically. Kalau suruh kita hafal jalan, senang je. Untuk coordination & fine movement, kita dapat markah tinggi di situ. Kita suka menjahit tapi tak reti. Mohon esok hantar kita masuk kelas jahitan. Boleh jadi isteri solehah dengan RM10,000 hantaran bak kata Ustaz Azhar Idrus. ;)
Tak boleh bawak kereta manual. Haihhhhhhhhh. Mohon beli kereta tu auto la yayang. My dream car is VW Golf okay. I bagi tau siap siap ni. Haha macam buat wasiat lak.
Kita at times rasa kita tak cantik. Low self esteem tak memasal plak. Kita rasa hip kita besar. Kaki kita macam Fafau, pastu lower jaw kita panjang. Bukan tak bersyukur tapi sebab bentuk muka jaw bawah panjang ni la orang cakap kita sombong. Hmm. Well I memang sombong la sebenarnya. Kita ramah dengan orang yang kita tak kenal dan orang yang paling rapat je. Kalau dengan kenalan biasa, kita buat bodoh je. Malas nak layan. Kekadang cara pemikiran tak sama buatkan kita rasa malas nak bertegur sapa.
ok nextttt
Kita tak suka protokol yang kena ada peraturan pakaian, ada speech, tak sukaaa tak sukaaaaa. Mencik I. Kita suka ikut rule kita sendiri. Maksud kita, rule yang fair and square untuk kedua-dua belah pihak. Sebab kita tak banyak baju kurunggggggg kita tomboy duluuuuuuu ***nanes***
Last but not least, kita paling takut kalau kita takleh beranak esok pas kawen. Okay ini sumpah inferior complex. Kekadang kita rasa futur, putus asa. Memang redha dengan apa yang Allah nak beri, tapi kita tak tau kita mampu ke tak untuk bertahan. Well, bercakap memang senang kan. Masa kecik-kecik masa dapat tau ni, rasa macam " Okay Fatin, kau kena install perkataan redha dalam kamus hidup. Esok kalau tak ada anak, encik suami ada hak nak dapat zuriat dia sendiri." Okay akujanji itu sejak kita 14 tahun kita dan sekarang dah 21 tahun inshaAllah Mei depan #Eh birthday I. Harapnya 7 tahun ni kita boleh redha dah kot. Takpe. 7 kg je lagi dari 14 kg hari tu. Haa. Lepas tu 7kg ni tak berhasil juga, mungkin kita harus fikir 200kali untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati itu. gua takmau dua2 kecewa nanti. Okay sad story di sini.
Oh ye. Baru nak cakap, mp3 yang kita letak tu kita dah silentkan sebab kita lupa kita suka letak video kat blog so nanti tak ada la nak pening kelapa eh pening kepala nak tengok video ke nak dengar lagu ke kan. Haa. Okay so guys, enjoi lagu lirik lagu ini.
Kau buat ku teruja
Kau buat ku tertawa
Terbit rasa tersembunyi beku
Hingga rasa cemburu seperti
Pasangan kekasih yang hangat bercinta
Dan tak sanggup berpisah
Walau hanya sekejap
Aku sangat merindui kau
Senang sekali kau ada
Tapi bagaimana ku kata padanya
Dia yang ada seperti tiada
Dengan dia cinta jadi sebuah ritual
Haruskah aku kejam demi rasa
Tolong lepaskanku dari sengsara ini
Dia bukan tak cantik
Dia bukan tak baik
Hanya kekosongan yang ada
Di sudut hatiku tak bisa diusik
Hingga cinta jadi kematu
Tiada yang nak gaduh
Tiada yang nak tentang
Hingga rasa menjadi kering kontang
But, Versus of the day ialah:
Ayat Engineer dan Ayat Medical Practitioner
Case 1
Future Doctor : Inflammatory
Perkataan asal ialah Radang : Inflammation
Future Engineer : Inflammotory
Aiyookk
Case 2
Future Engineer: Folic acid causes gout.
Future Doctor : Means that pregnant women will have gout? Folate is good for fetus development.
Future Engineer: Eh, serious laaaa folic acid can cause gout.
Future Doctor : You mean.... uric acid?
HAHAHAHAHA those jokes really made my day!
P/S Takde lagu, gua letak kat next entry. Lirik je ada. HAHAHA.
Pastu boleh tak nak cakap I rindu yayang I kat sini? Hmm.
Pastu boleh tak nak cakap I rindu yayang I kat sini? Hmm.
No comments:
Post a Comment