Wednesday, 10 April 2013

Cuaca Panas Cuaca Redup

Hohoi. Panasnya cuaca sekarang. 

Assalamualaikum wbt korang. Sejak-sejak musim panas ni, kipas kat bilik aku pun dah start kotor. Berhabuk. Tension pulak aku tengok. Nak tunggu bilik aku ni bebas habuk memang sampai kiamat la kot. India mana penah bebas habuk. Tu satu hal. Semalam pergi Reliance, jalan kaki la kononnya. Jimat dan sihat. Sebab taknak bayar auto mahal. Jadah apa Membazir buat apa. Baru nak mencarut, terus cancel. I muslimah sejati sekarang ni *cough*.

Balik je aku tengok muka aku merah padam. Fuhhh dahsyat tahap kepanasan sekarang. Kalau kat Malaysia paling panas pun 32 degree Celsius. Aku yang dulu main hoki pukul 3-5 petang tiap-tiap hari kat SAMURA pun tak penah naik merah kat muka... 

Sebenarnya, masa Tahun Satu dulu, aku ada gak beli krim moisturiser untuk muka, tapi haram nak pakai. Aku kan dulu boyish, mana pakai cream muka, foundation powder, lip balm ni semua. Siap condemn budak-budak pakai lip balm kat sekolah dulu budak gedik. Bukan apa, pada aku, kalau perempuan dok tenyeh lip balm lipstick or sapu bedak kat muka depan orang, especially orang lelaki, tu tanda nak tayang maruah. Cara orang zaman jahiliyyah menggoda lelaki cam tu la. Haa. Back to topic. Pergi shopping pun kaki ayam. Hantu betul time tu. Pastu, tiba kat sini, menjajar aku dok mencari krim yang sesuai untuk muka. 

Memula, masa first-firsttttttt sekali sampai, aku beli Garnier L'Oreal. Murah. Kalau kat Malaysia aku tak mampu la kan. *cough* PONDAN* mana pakai lotion. Wahahaha. Hamek kau, tuhan bagi balik, bayar CASH. Masa tu aku teringat ibu penah bagi Garnier cream kat aku masa SAMURA, serasi. So aku pun beli la. Masa tu tak tau lagi pasal kita kena ban barangan Israel. :) Then aku tukar ke Pond's. Dan, itulah kali terakhir aku beli krim muka. Pakai pada waktu pertengah winter hingga akhir musim panas... Lebih kurang, bulan Disember, sampai Mei.. Haha. Yang paling bestnya, aku rasa ni masuk tahun kedua, aku tak habis-habis lagi pakai cream tu. Jimat betul aku pakai cream muka. Okay, sebenarnya, jarang pakai. Pakai bila aku rasa kulit kering. Muka aku akan jadi pelik umpama Snow White yang pelik. Orang kata aku ada natural beauty. Hikhik. Okay. Next.

Dulu kutuk-kutuk orang pakai lip balm, sekarang, dalam apron aku sentiasa ada lip balm. Kat dalam fridge ada 3 lip balm pelbagai perisa (ikut mood). Dan dalam stok, ada 3 lagi yang belum disentuh. Haa. Nampak tak perbezaan wanita dan budak budak?

Tu satu hal. Kulit kering, ekspesiali sekali kat kaki. Kering sekering-keringnya. Dulu masa kaya sikit, aku pakai The Body Shop brand UK okayyyyy. HAHAHA. Haa. Jangan memain. Letak chocolate kat tubuh badan ni. Kalah anak raja uolls I rasa masa tu. Kaya gila. Beli 2 bekas plak tu. Sampai sekarang tak habis. Kira dulu pakai Vaseline, pastu naik taraf pakai Body Shop . Tapi memandangkan sekarang dah sengkek balik, aku try pakai Nivea. Kali ni brand Germany plak. Ha. Nampak tak kat situ betapa anak-anak perantauan sebenarnya banyak duit dan mudah lupa diri? Ni la faktornya. Nasib aku sikit je lagi tak duduk UK. Kalau tak mungkin aku tak nak balik Malaysia. Nasib untung jugaklah India ni haprak, melainkan medical, dentistry and engineering diorang bagus. Tip top yang tiada tandingan di Malaysia aku rasa.

Dah. Agak-agak apa motif post aku pasal lotion krim muka lip balm semua ni?

Here we go.



Tarbiyah aku : Mungkin patut bersedia untuk masuk neraka. 

Okay. Jom makan. Lapaqqqqqqq

Semoga awan datang melantun lantun di kawasan Belgaum :)

No comments: