Salam Alaykum :D Pergh rasa macam arab arab plak tulis salam macam tu. So amacam minggu ni? Kalau okay bagus la. Kalau tak okay pun bagus jugak. Hidup bukan selalu indah. Haa. Take note di situ.
So far aku rasa warna biru ni jugak menarik mata aku untuk memandang. Yeah aku mencampakkan beberapa buah lagu untuk menyedapkan telinga aku. Kalau korang rasa tak sedap, sila click button "pause" di atas. Saje nak berat-beratkan blog ni. So lets cekidot apa cerita di sebalik pemilihan lagu. ;)
Tiada Yang Kedua
Lagu ni release masa aku form two kot. Zaman nak up-up lah katakan. Seingat aku, aku tak ada boyfriend lagi masa ni. Form 1, Form 2, Form 3 aku baik. Sebab tu UPSR PMR result cemerlang. Sekolah perempuan je semua. Heh. Lagu ini mengisahkan tentang seseorang lelaki yang dilamar oleh si sahabat. Haa. Tapi still rasa ragu-ragu. Sebab dia rasa perempuan tu deserve a better man. Sebab dia pun actually cuak sebab takut kena tinggalkan perempuan tu pulak. Okay Itu je sinopsisnya. Heh =.=''
Accidentally In Love
Actually, lagu ini ialah OST Shrek 2. Lagu ini berkisar tentang seorang lelaki yang mendapat ketuahan. Bukan kemalangan okay. TUAH. HAHA. Okay sebab tak sangka jatuh cinta la aku dengar lagu ni. Sebab, unexpected.
Its All About You
Anis cukup bengang kalau aku buka lagu ni. Aku dengar lagu ni setiap hari setiap masa sampai Anis mengamuk. Dia cakap tak ada lagu lain ke nak bagi aku dengar? LOL. Bilik aku, suka aku la nak pasang lagu apa. Kan? Hehe. Takpe. I tau I suka, I tak hipokrit nak cover-cover. Aku boleh angau hanya dengan mendengar lagu ini sahaja tahu?
Just The Way You Are
Everytime aku dengar lagu ni, aku teringat zaman aku bekerja di The Summit Parade, Batu Pahat. Aku kerja dengan Emily Lim dan adik dia, Jacky Lim kat kedai hadiah diorang. Memula aku tak faham kenapa aku perlu kerja kat situ sebab aku ni kasar, keras kaku, muka pun macam minah rempit masa tu (sebab tak pakai tudung lagi). Aku masuk kerja dari Mei sampai Julai. 3 bulan. Bosan okay! Aku tak ada weekend. Kerja 6 hari seminggu, 8 jam sehari, gaji RM700 per month? What the.. Eh chop. Kiranya simpanan aku ada laaaaaaaaaaaaaaa. Lupa! Haa. Boleh la kawen! Yuhuuuuuuuuuuuuuuu! Kenapa laa baru teringat pasal gaji aku tu? Aduhai. Okay aku suka lagu ni sebab everytime aku dengar lagu ni, aku sedang mop lantai kedai tu.
You Got Me
Aku jumpa lagu ni dua tiga bulan lepas. Masa tu aku berangan-berangan la nak letak lagu apa masa majlis kawen aku nanti. Aku search la kat web orang kawen kan. Lagu yang comel-comel nak letak untuk photography, masa makan-makan ke. Hamboi la kaaannnnnn berangan sampai ke pluto dah. Aku rasa lagu ni comel sebab jarang perempuan nyanyi lagu camni. Ohh sweet betul! You got me yehhhhh you got me yayangg!!
Loosing My Mind
AKU BENCI KOREAN MOVIES & SONGS tapi masa dulu la. Hehe. Sekarang, lagu ni pun ada dalam playlist phone aku. Dia cam sweet jugaklah sebab hero MGFIG tu muka macam selekeh je kan. Pastu comel pastu kiut pastu aku suka pastu ahh byk gila pastu. Untuk makluman semua, drama korea terakhir yang aku update ialah Full House, dan diikuti Love Story In Harvard. Pastu aku repeat Full House last year lepas PRO Exam (dalam bulan Julai camtu) sebab bosan. Balik Malaysia, adik aku bukak laptop ni, jumpa MGFIG ajak aku tengok, tapi sayangnya aku tak minat sebab aku tak suka tengok movie / dengar lagu yang selain Melayu. Haa. Lagu Inggeris pun aku baru start dengar masa kat India. Aku cuma budak kampung je. Adehhh
Right By Your Side
Lagu ni rancak. So aku rasa sesuai la sebab aku kan duduk India, lagu ni takdelah hindi sangat, sikit-sikit je hindi dia. Ada English yang aku boleh faham so aku rasa sedap telinga nak mendengar. Aku first time dengar lagu ni masa dalam pawagam. Tengok wayang dengan Cik Dayana, Ra.One. Hit kot cite ni. Masa raya, aku makan kat kedai mamak pun tayang cite ni kat Malaysia. Dasar Malaysia yang suka promot Shah Rukh Khan. Haihhhh. Tapi lagu ni sedap kan? Especially kalau tengah berlari kat treadmill, bersemangat lebih aku rasa nak berlari tu.
Dildaara Dildaara (Stand By Me)
Seperti dalam kehidupan aku yang lain, aku jenis obses. Kalau aku makan nasi goreng pattaya hari ni, mungkin aku boleh order nasi goreng pattaya setiap hari selama berbulan-bulan tanpa jemu macam aku order mee goreng mamak kat Blok C Matrik Pahang dulu. HAHA. Begitu juga dengan movie Ra.One. Aku suka gila. Tajuk dia dildaara tu maksudnya heart beat kot. Tak silap la. Dicedok dari karya asal mat salleh. Lagu dia ialah Stand By Me. Shekar Subramaniam (SRK) ni suami Sonia (Kareena Kapoor Khan) dan lagu ni scene masa tengah bercinta. Okay sweet. Sebab Sonia tu cantik gila tapi husband dia Shekar tu haroooom tak hensem. Serabai. Aduhai.
I Love You
Kehangatan dan lambakan iklan drama di FB telah buatkan aku rasa teruja untuk menonton drama Setia Hujung Nyawa selepas 80 Episod bengong dan meleret drama Adam dan Hawa. So lagu ni ialah OST Setia Hujung Nyawa. Nak tau ke sinopsis cite ni? Mengisahkan tentang seorang budak lepasan SPM bernama Elle, yang tetibe kena kawen dengan lelaki yang poyo bernama Zain Hakimi. Tapi sejak dapat tau Elle keguguran, Zain jadi pemarah. Nak tau ending diaa? Meh datang bilik amek kat dalam external hard disk aku. Hehehe.
Sahabat
Okay aku tujukan lagu ini buat Ibu, Ayah, Abang, Baby, Salleh, Sabby, Farhana, Faza, Radin, Jannah, Aminah, Nanad, Snow, Aliah, Peach, Masnianti, Addy, Arif Ustad, Hafeez Rafee, Mimi, Quryatul, Abe Hanif, Laila, Yana, Teha, Jay, Huda Midzi, Dayana, Anis, Zetty, Amirul Rasyidin, Nik Fatin, Mufidah, Nana dan mereka yang unmention di sini. Okay nama-nama tersebut memang aku jemput untuk event aku nanti. Ohh yeahh! Untung aku tak ramai kawan. :D
Sha La La
Ini lagu penutup (ending) sebab dia sweet jugak. Okay. Rasa bagai terkenang-kenang zaman sekolah yang hari-hari update cerita Full House. Ohh so sweet. Haihhhhhhhhh rasa nak kawen je sekarang.
Maka nak cakap, kekadang hidung hidup kita ni tak ada la best sgt. Kadang-kadang ada je turun ada je naik. Kan? Lagu first tak sedap. Pastu sedap pastu makin best. Okay. Rindu semua. Rindu Malaysia sekarang ini. Uwaaaa.
Okay boleh tido lena. Nunite semua. Mak aji mohon undur diri. Wassalam. :)
No comments:
Post a Comment