Monday, 19 November 2012

Gagah Part 1

Wow! Tajuk memang tak boleh belah lagi. Assalamualaikum maksudnya selamat sejahtera. Oh yeah. Kat India tak sambut Maal Hijrah macam kat Johor, tapi kami sambut hari As-Syura' ( Last Day of Moharam). Dan percutian selama seminggu tu telah pun diisi dengan mendaki gunung Kudremukh. And yes, jumpa ramai gilaaaaa orang kelantan yang hensem dan awesome! Okay. Stop it!

Pengembaraan ini actually agak memenatkan juga sebab kita terpaksa okay terpaksa buat banyak gila preparation termasuklah menjadi Bendahari secara sukarela dan merangkap SETIAUSAHA tanparela dalam Projek World Diabetes Day (WWD). Oh walaupun dikeji dikatakan kerja macam cikai, tapi takpe. I buat kerja kerana Allah bukan untuk tatapan umum. Okay.

Jap jap nak edit gambo sat..

Selepas 40min edit...

Naik jeep, 20minit. 10 orang. Sardin

Actually, perjalanan nak ke daerah Kudremukh dari Bangalore adalah kira-kira yang tak terkira sebabnya tertidur keletihan dalam bas. Naik bas pukul 11 malam, sampai sana pukul 7pagi. Kira sendirilah. Haa. Pastu, pihak agen yang kami gunakan ni cuma sediakan 5 jeep je ye. Budak lelaki amek 2 jeep, budak perempuan 2, barang-barang macam khemah dan beg pakaian 1 jeep. Baiklah. Memang sardin. Bila balik pulak, ada 4 jeep je yang boleh guna. Sumbat 13 budak perempuan dalam satu jeep. Lagi rasa macam sardin masak dalam oven.

Anis dan abangs gagahnya.

Lepas breakfast terus panjat sebab taknak membuang masa lagi sebab semakin lambat mendaki semakin panas cuaca, semakin lambat balik ke kem semakin bahaya bila malam. Okay. Panjang bebenor pulak hipotesisnya. Kalah bebudak UPSR.

Semasa mendaki, kami dikumpulkan dalam 5 kumpulan. Kita dengan kak Datul, Dayana pulak dengan Anis. Nanti next post kita kenalkan siapa mereka. Hewhewhew. Setiap kumpulan ada 2 perempuan, 3 lelaki. Alhamdulillah, semua dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik. :D Tapi group tu hanya untuk kolej kita je. Sebab programme ni ada jugak dari kolej lain.

Boleh lah anda semua menikmati gambo-gambo dari kamera Sony Cyber-Shot mak ni..Mak lom mampu beli DLSR ni... HAHAHA


Tak tau ada berapa bukit tapi ni salah satu bukit yang ada!
Rasa kena panjat 6-7 bukit baru sampai puncak!

Team jejantans yang gagah! Hoyeahhh!

Boleh tengok balik berapa banyak tah bukit yang telah diredah. Pheewwww

Cantik gilaaaaaa!! AllahuAkbar. SubhanAllah. 

Abang gagah jugak ni tapi kita tak kenal sebab kita budak baik uolsss ;)
Kat puncak gunung. :)

Kabus kabus cinta kat puncak Kudremukh. Ewahh


Wudhu'

Oh disebabkan perjalanan mendaki dan menurun gunung ni mengambil masa hampir 11 jam (bagi kita 11 jam sebab kita kan gedik manja so nak naik gunung tu terhegeh-hegeh jugak lah) maka kami solat jamak dzuhur dan asar kat puncak. Wudhu' amek beramai-ramai kat sungai yang air tak berapa dalam tu. Memula lelaki amek kemudian perempuan pulak. 

Mak nak posing gedik satttttttttttt

Sementara menunggu nombor giliran amek wudhu' dipanggil, kita posing kiut-kiut kat puncak gunung nihh hoyeahh. Rasanya tak mungkin datang lagi tempat ni. Nak g tempat lain plak cewah.

Rasa macam pendek pulak aku dalam gambar ni. 
Time berada di puncak gunung hehehehehehe

Bhaia yang gatal. Pheeww

Okay bhai ni memang gatal tahap max! Masa mendaki gunung, kaki kita dah start cramp sikit-sikit dan kita memerlukan tongkat (guna kayu yang jumpa dalam hutan) untuk berjalan. Sampai kat satu bukit, kita mintalah si bhaia ni pandang tempat lain sebab nak spray muscle reliever pada peha. Of course laa aku kena bukak seluar time tu kan. 

Dan tengah-tengah sedap kita menye-spray-kan muscle reliever tu tetibe bhaia tu boleh tertoleh pulak. Memang cilake. Nasib baik pakai legging takde lah dia nampak peha dan kaki kita. Tapi agak bengang jugak. DAN untuk cover bengang itu, kita pun amek gambar dia. Tu yang muka tersengih semacam je tu.

Mendaki tak sesusah menurun sebenarnya. Nak turun tu kita kena balancekan badan. Dan itu membuatkan kita terpaksa diulangi terpaksa berpaut pada sesuatu. Tapi kalau dah tempatnya luas terbentang macam dalam gambar tu, memang nak kena berpaut pada bhaia ni la jawabnya. Maka sepanjang 3-4 jam pertama terpaksa kita memegang tangan yang dihulur bhaia ni kalau tak akan tergolek goleklah kita macam filem hindustan. Baiklah sekarang dah pukul 1 pagi. I nak wish good night ni. Esok lusa kita cerita part two tentang cuti kali ni.

Jom lantun atas katil. Hehehee










No comments: