Wednesday, 28 March 2012

Do you miss yourself? #2

Assalamualaikum. :)
Hari ini dapat ilham nak berpuisi pulak. :) Hopefully everyone is ready for it. Haha. Puisi kita selalunya kadang-kadang ni hak-hak-hakktuuihh sikit. Al-maklumlah.. Lulusan SPM aliran sains. Bahasa Melayu ke laut. English pun bertaburan ibarat pasir yang memutih di lautan Hindi. Hihihi. :P
Bismillah... :)

*10 minit*

*15minit*

Ok. Kita give up lah. Tetiba roommate masuk.. Terus hilang idea. Hahahaha. Hmm. Disebabkan tangan ini masih lagi gatal nak menulis adalah lebih baik kita menulis tentang seorang sahabat yang amat kita suka. ;)

Apa yang pasti, perkenalan kita dan sahabat ni bukanlah bersua empat mata. Hanya bersembang di FB jerrr. Haa. Masa tu kita ni jenis yang tergedik-gedik sikit. Ehh. Tergedik-gedik banyak jugalah.

Entah bila kita berkenalan dengan dia, kita pun tak ingatlah bila waktunya tarikhnya harinya pukul berapa...
But I am really glad to have a friend like him. :)

Till one day, he asked me to cover my hair. Yelahh. Dulu perasan rambut comel kiut miut ciut piut. Tiba'' BANGGGGG!! Hahh!! Amek kawww.. Rasakan penangan kuasa supersaia dari Dragonball. Masa tu juga kita rasa

"Apa mamat ni?? Tiba'' je kan nak suruh'' aku itu aku ini..... "

Yes. Kita memang dilahirkan Islam. Menganut agama Islam. Memang suka akan Islam. Belajar Islam dari darjah satu sampai lulus darjah khas (sekolah agama di Johor). Dibesarkan dalam famili yang memberatkan agama. Entah macam mana... Semua perkara boleh diterima kecuali berhijab.

Banyak betul hidayah dari Allah datang.. Tapi kita menolak macam gaya'' artis menolak permintaan peminat untuk bertudung. Kita tolak. Alasannya, belum bersedia. Masih muda. Dosa tanggung sendiri.

Oh yes again. Panggggggg!! Kena lempang dengan tindakan mamat ni. Tak sampai sebulan kenal. Dia terus bla macam tu jerr. Unfriend kita. Tinggalkan kita tanpa sebab tanpa alasan dan digantung tak bertali. . Oh tidakkkkkkk!! Kenapa kau takmau kawan sama aku lagi?? Sebab aku x pakai tudung je punnn??? Actually kita suka kawan dengan dia. Rasa beragama sikit. Hahaha.

Bila dia pergi, tiba'' rasa nak nyanyi lagu Aizat - Kau Pergi. Cewahh. Haaa. Lepas dia pergi, kita terfikir.. Buat apa lama'' nak macam ni jerrrrrr?? Sampai bila nak hipokrit dengan diri sendiri?
Tapi kita takut untuk memulakan langkah baru tu. Rasa malu.

Allah terimakah diri kita ni selepas kita tak mengendahkan perintah hijab dariNya? Kemudian kita menyuarakan hasrat ini kepada boyfriend *ecececeh* kita masa tu... Dan cinta manusia ni banyaknya pada nafsu. Sepatutnya kita percaya janji Allah. Sesungguhnya janji Allah itu benar!!

Allahuakbar.. Betapa menyesalnya waktu itu bila kekasih sendiri tak menyokong tindakan kita untuk berubah.

Lelaki inikah yang akan membimbing aku?
Lelaki inikah yang akan mengimami aku?
Lelaki inikah yang akan membawa syurga kepada aku??

Astagfirullah. Kita sangat sedih. Sedihh yang teramat sangat. Tapi kita kumpul kekuatan untuk istiqamah. Kita percaya kalau kita nak mendapat yang terbaik, kita kena menjadi terbaik. Sebab janji Allah pada hamba-Nya jelas ada dalam al-Quran. Sama ada kita nak baca atau kita nak simpan kitab tu sebagai koleksi bahan bacaan sahaja.

Tenang.
Tenang setenangnya.
Rindu rasa bahagia macam ni. MasyaAllah.. Tak dapat tergambar bagaimana kita seorang perempuan dahulu menolak semua perintah'' Allah. DEGILNYA AKU NI!!

Suatu malam yang hening.. Yeahh! Akhirnya kita jumpa balik mamat ni. Suka suki kehidupan kita betul lahh! :D

Rasa macam ustaz kita da datang semula. Sebenarnya kita amat berterima kasih kepada mamat ni. Tanpa sentuhan hati dan unfriend dari dia, mungkin kita tak terasa apa''. Terima kasih juga pada sahabat'' lain sebab banyak bagi sokongan pada kita.

:)

Sebenarnya.. Bila kita kehilangan identiti kita... Bukan material yang kita cari. Bukan paksaan yang kita minta. Tapi sokongan.

And yes. Cerita ini merupakan salah satu detik indah dalam hidup kita. Di mana kita memulakan hidup baru. Nafas baru. Mata air baru :) Aww aww aww !! *maaf gedik itu tidak boleh diselindung sangatlah* that's me, always tidak mahu hipokrit :)

Panjang umur jumpa lagi! :)

No comments: