Adoihh. Lama sungguh la tak update. Haha. Macam busy sangat je kita ni. Tadi kita online la sekejap tgk la notifications yang tidaklah seberapa tersebut. Namun alangkah terkejutnya melihat notification adinda bongsu kita yang tergedik...
Oh mengapa? Gila hot orang tu.
Mesti awak orang tak paham.. Kalau orang hot, mesti dapat like/comment yang SEBEGITU HOT! Sungguh kita sebagai kakak kepada beliau sangat terkesan dengan pencapaian Baby yang superhot tersebut. Yelah, hot tetap hot, hot lagi kena dengar leter dari ibu dan ayah bila melihat beliau ini. Nak kata kita cemburu tu memang tak lah kan. Sebab kita percaya, setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi awak orang semua, kita lagi pelik bila ade jadi macam ni..
Aiyoo.. Sejak bila kita ada Azad Jazmin sebagai abang?
Hah. Yang ni lagi sorang.. Ish2.. *dalam hati jeles tahap GABAN* Boleh pulak kan dia jumpa mamat yang muka macam boyfriend tak menjadi kita ni.. Rasa macam nak sepak jugak. Sebab Encik Azad ni lah kita selalu ternyanyi lagu Suara Rindu tu. Tak pe lah. Rezki adik'' kan. Tapi alangkah terkezutnya diri ini apabila kita melihat status kita...
Aik. Satu jek???
Itu mukadiamah je, kita nak cakap lah tentang status'' muda mudi masa kini, kalau tak pasal mengamuk dengan pakwe makwe nya, mesti gaduh dengan siapa'' yang berkenaan. Yang baik selalu dipandang ringan. Yan ringan selalu dipandang berat. Macam bila kita bagi status mengenai motivasi, ada orang kesah? Hareemm!
Paling tak suka bila baca status orang mengamuk di pagi hari. Rasa macam HAREEEMMMM je bila mood ceria untuk buka bukumuka ini dicemari dengan newsfeeds yang mencarut. Leklu lahhh.
Kenapa kita mesti nak mencarut, mencaci dan mengarut? Adalah lebih baik kita buat yang mencaci jadi mencari. Maksud kita mencari ini ialah mencari keredhaanNya. Caranya mudah.
Situasi 1:
B***H betul lha owang tuh en,, skew jer na nyusa en owang laen
cer kita gantikan dengan ini
Astagfirullah, berat sungguh ujian Kau kepada dia. Terangkan hatinya yang gelap itu Ya Allah.
Situasi 2:
Cam aku ta nmpak ko ngan awek ko! Cam syiall je en.. Ta de owg laen kew BFF aku pulak ko nak?
dan kita gantikan dengan ayat ni supaya nampak kita bermaruah sikit ;)
Sesungguhnya jika aku bukan dari tulang rusuk kirimu, aku redha kerana Tuhan memberi yang lebih baik kepadaku. Si pengkhianat tetap bersama pengkhianat. Janji Allah ialah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. :)
Kan shweet'' je kan? Baru ada orang lain nak kawen ngan kita awak orang nnti. Oh ye. Satu lagi, sila jangan membuat ayat dalam bentuk rempit. Semput kita nak baca. Huhu.
Kalau bagi status tu, biarlah yang baik'' je. Sbb melalui status orang boleh menilai kita. Melalui percakapan kita, tingkahlaku kita. Kalau indah di mata, indahlah di hati. Kalau cacat di mata, di hati awak orang jugak yang kena maki. Opsst! ;)
Sila jangan merempitkan bahasa, jangan pula tak berbudi bahasa dalam status. Salam lantun!



2 comments:
tak abis2 melantun.....kang terkena kipas padan muka. LOL
Nasib baik kena kipas, kalau masuk boys nri? camne??
Post a Comment