Saturday, 28 January 2012

The Journey

Resipi Campur-Aduk Kacau Sebati

Gambar hiasan semata-mata. Mengimbau kembali zaman matrik dahulu kala. Macam'' perasaan suka duka ada bertandang. Ada bahagia, ada duka, ada sengketa, ada pakwa-makwa ada skandal tak terkecuali. Haihh  la. Rindu sungguh kita pada matrik. Ya, untuk pengetahuan adik''di luar sana, akak awak orang ni berasal dari keturunan KOLEJ MATRIKULASI PAHANG. Tak dapat pun four flat yang diidam-idamkan pelajar'' semua. Malah, kuat tidur dan skip kelas. Ngeh2. Itu lah perangai kita yang tidak dapat dinafikan lagi. 

Masa berlalu pantas...

ANAK BAPAK!
10 MEI 2010- Daftar

Untuk pengetahuan semua, proses pendaftaran kita amat pelik ye kawan'' semua. Hal ini kerana, surat tawaran menawarkan kita blok kediaman A1 sedangkan blok A1 adalah blok lelaki. Alahai.
Akhirnya, dihantar ke Blok C1, dan kat sini, memegang title penolong ketua blok. *poyosnyes sayes..*
10 Mei 2010. Kesian kita! 11 Mei tu birthday kita tau! Tapi kena orentasi bagai. Kena tido lewat. Kena itu kena ini. Tapi berbaloi-baloi lah hasilnya sebab sesuai dengan diri ini yang serba kelengaian dan kemamaian.. *mood: tersedu-sedan di malam birthday*

Ye, masa amek gambar kita baru pas mandi dan ke-free-hair-an. Mcm biasa, latecomer!

Berikut merupakan roommates kita, dari kiri, Teng (nama tergedik kita), Yana, Lela, dan Mimi. Oh Yeah. Kami telah buat servis renovate kat dalam bilik dengan merapatkan katil'' kami semasa study week pada harga paling murah. Dan tak perlulah awak orang nak tengok keadaan bilik anak dara pingitan ni semasa study week. Cantek sangat rupanya weh... ;)

Juadah berbuka puasa. :) Nyum2 

Kalau berbuka puasa, biasanya ke dataran kawad untuk bershopping bagai. Sanggup merentas desa untuk ke sana. Kalau mak Lela bawakan nasi, biasanya hujung minggu, dapat la makan sedap'' sikit dari bazaar ramadhan tu*bazaar ke???*Macam biasa, kita makan mee kalau ada mee. Bukan bajet tak makan nasi, tapi memang sedari azali diriku ini memang tak suka makan nasi. Lela plak tak habis'' nasi ayam Yana yang bertentangan dengan kita akan selalu buat air teh untuk kami! Terima kasih MAK*Yana*!!


Baru nak buka kedai kita dah tunggu mana nak serbu!!


Lapo lapo lapo. Help me! Haha. Rindu gila tempat ni kot. Char Kue Tiau, air soya, kuih akok. Pergh! Marvellous okay~!! Ada menu lain nak ditambah?


Kayaking!

Satu perkara yang terbaik ada kat matrik Pahang ni ialah kami kat sini boleh merasa kayak! Sebab Matrik Pahang merupakan satu''nya matrik yang ade kolam renang buatan untuk aktiviti rekreasi. Nasib baik kita tak duduk kat blok A1 sebab banyak nyamuk katanya kat situ. Blok A1 terletak di hadapan kolam tersebut.

2H15 <3 <3 <3 BFTJ!

Orang kata, best friend for ever BFF akan selamanya wujud sebagai sahabat baik. Tapi pada kita, tiada istilah for ever mever bagai dah. Best friend till Jannah kan lebih elok? Comey blako sumo nie. :D Single ade, taken pon ade. Sila la pilih mana pilihan hati. Blog kita memang untuk cari pasangan untuk awak orang!!


Live Your Life.

Motto macam iklan motor Honda EX5 pon ade. *ade ke model tu.=.= * Kita pun tak paham kenapa la tetibe live you life. Haha. Bila tengok kek ni teringat SYAFIQ BAKERY!!! Rindu dia tak awak orang semua? Hari tu kita berkesempatan mengcalling-calling beliau yang kini bekerja di syarikat bakeri di Melaka pulak. Tapi tak silap, beliau ni nak bukak butik bersama kita sebagai partner beliau... Oopst! Tergossip sudah! :P

Majlis Makan Malam sempena Menyambut Hari Keputeraan Sultan Pahang 

Majlis makan malam ni bertempat di Dewan Jubli Perak area Teluk Chempedak(kot), Kuantan Pahang. Ramai yang datang tapi banyak jugal meja yang kosong.. Apa maksudnya tu? Entah la. TV(5-2) Aduan Pelajar sila la jawab isu diraja tersebut. Majlis malam tu dihadiri oleh ahli majlis tertinggi pengurusan dan bla bla bla akademik bla bla bla Pembimbing Rakan Dinamik dan etc etc serta pemimpin masyarakat yang lain. Haihh.

Darah A + (sebutan A positif okei)

Zaman keriangan bermula bila dapat bermain-main dengan darah. Masa tu teruja gila. Ye la, sebab kat sekolah tak merasa sangat debarannye sebab masing-masing bising dan jakunnnnnnn belaka nak terai semua. Hah. Amek kau! Masa kat matrik cucuk tangan kawan sampai kuar darah, buat simple blood test, simple urine test yang memang terbaik hancing baunya satu blok makmal ke satu blok makmal!!! Haha. Bajet pakai lab coat leh jadi doktor. Semua mcm pro. 
Alhamdulillah. Sekarang ni kita menjejakkan kakiku ke medical school! Tapi jangan nak Yahoo.com sangat lah kan. Lom tentu amek medik pass jadi doktor. Tapi insyaAllah berkat kelengaian dan kegilaanya terhadap dunia perubatan kita juga mengharapkan awak orang doakan yang terbaik buat diri kita Cik Fatin Hazdzirah Ismail ni yer (apa pelik nama kau ni hah??) dan kawan'' kita yang lain di sini.

Sekian lah cerita hyperbola dari saya. Wabillahitauufiq walhidayah.... Wassalam. :)

No comments: