Mungkin agak lama kita tak update sebarang post. Mungkin jugak sebab sekarang ni cuma beberapa ketul mata jerrr yang singgah kat sini. Anyway, apa yang kita nak mengarut mengarang karangan darjah 14 kat sini adalah mengenai percutian yang mendebarkan. :D (hampeh)
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dihormati,
Adalah dengan ini kita nak bagi tau sebenarnya kita tak update sebab aku letih nak upload gambar'' sekalian. :DD Tapi disebabkan Cik Dayana kita ni kata kita kena update, jgn malas'' maka kita dengan penuh semangat jitu dan gigih mengadap la gambar'' kitaorang kat India ni masa bercuti ke Mumbai beberapa bulan lalu. *bulan kot*
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dihormati,
Adalah dengan ini kita nak bagi tau sebenarnya kita tak update sebab aku letih nak upload gambar'' sekalian. :DD Tapi disebabkan Cik Dayana kita ni kata kita kena update, jgn malas'' maka kita dengan penuh semangat jitu dan gigih mengadap la gambar'' kitaorang kat India ni masa bercuti ke Mumbai beberapa bulan lalu. *bulan kot*
cantek tak atuk ni?
Gambar ni diambil kat National Gallery of Modern Art yang ada kat Mahatma Ghandi Road. Kadang'' pelik jugak sebab kat India ni kita da jumpa banyak sangat MG Road!! Ku sangkakan India ni segalanya murah, tapi terkejut bila nak bayar. Harga untuk masuk ke muzium arca ni adalah RM0.70(Rs 10) kepada warga tempatan atau tempe dan RM10.00 (Rs 150) untuk pelancong asing. MAKK AIHHH!!!
Tapi berkat muka menggoda yang sangat kanak'' kita pun cakap la yang kita dan Cik Dayana tu pelajar dari Belgaum, Karnataka dan hasilnya kami mendapatkan harga untuk tempe je. SAVE BEBEHHHHH. Yelah. Tak logik la kalau budak medik melawat muzium seni. SENI apa kau ada nyah?
Maju jugak Eropah ni!
Cantik kan pemandangan waktu senja? Hah! Untuk pengetahuan awak orang semua, tak juga dilupakan untuk adik'' yang menonton rancangan belia tergedik ni, yang belakang tu cuma hotel 3 bintang je okei. Ade gaya istana Princess Barbie tak? Okei. Yang anda lihat dalam gambar tu adalah Princess Barbie punya perosak gambar, tapi still boleh tengok bangunan tu kan?
Beberapa tingkat mangkuk ayun.Pilih nak yang mana.
Biasanya papan tanda ada tulis kaunter ke apa ke. Tapi kita jadi bengong jugak bila tengok papan tanda ni. Dah macam EXIT HIGHWAY pon ade. Baiklah. Hotel kami menginap berdekatan dengan stesen kereta api, Cik Dayana and kita telah memilih untuk menaiki kereta api je untuk ke mana-mana. Bayaran pun tak mahal. Rs 52 untuk first class, tp Rs 6 jauh lebih murah untuk second class coach. Formula math apa yang sistem kat sini gunakan pun kita tak tau lah. Disebabkan jahil, naiklah first class mula mula tu. Tapi kualiti dan segala-galanya sama, maka untuk trip akan datang dah bijak 128 IQ point untuk beli tiket second class. Kalau budak'' sekolah, free dan boleh naik first class coach.
Perjalanan ke Victoria Terminus merupakan yang paling best sebab mengambil masa 20 minit untuk ke sana berbanding lalu jalan raya yang penuhh kereta dan teksi dan auto dan macam-macam lagi. Dah lah cepat, pemandangan pun cantik je. Kiri kanan ada sampah. Aduhh. Kalau la ada dari hostel ke kampus kan bagus. Kelas pukul 9, pukul 8.45 baru bangun pun boleh pergi kampus. Haha. Jawapnye, pergi mampuslah in your dreams saje.
Nampak tak keyakinan kita semakin menurun...??
Kita mengaku kita sedikit jakun di situ. Fes taim naik kereta api. Ni pun Cik Dayana kata beliau ingin jadi potograper tak berbayar. Maka, apa salahnya berposing... Masalahnya, muka CUAK tu memang tak boleh blah. Dan masa tu kami pun dok la berfikir, patut la kat India ni senang orang mati bunuh diri kat landasan. Tak ada pintu okei! AMAT MENAKUTKAN! Kalau budak'' sekolah main lompat satu train ke satu train lain adalah perkara normal. Awak orang mampu? Kalau rasa nyawa ada limaplohpat leh la terai nanti. Selamat melompat dan jumpa lagi kat train akan datang. Hehehehehe.




No comments:
Post a Comment