Wednesday, 2 October 2013

Sweet Sour

Over tajuk kali ni. Miahaha. Assalamualaikum wbt. Hohoiii busy betul hari ni. Kemas bilik je pun. Hari ni dengan bangganya, aku tak keluar hostel langsung. Duduk la memerap dalam hostel dari pagi ke malam. Turun paling jauh tingkat 1 sebab nak pergi gym.

Beberapa minggu penuh ketegangan. Okay sebenarnya bermula sejak bulan lepas lagi. Sejak plan untuk lebih serius, macam-macam perasaan muncul. Taknak kawen la. Taknak teruskan lah apa la. Tak tau lah ni darah gemuruh ke darah A ke darah B. Muahaha. Tapi memang cuaks okay. Kalau tersalah cakap, memang ke laut hubungan kitorang ni.

Baru-baru ni, Syaqir ni penah cakap kat aku, yang aku ni serabut sangat. Kalut. Pening. Kesian dia. Aku pun perasan benda yang sama. Aku terlalu cuak pada masa depan dan over sangat memandang masa silam.

*pasang lagu = Bayangan Gurauan*
 Eh boleh nak cite siket pasal lagu ni? Haa lagu ni masa aku form 3. Ada satu mamat ni. Nama dia Hidayat. Orang biasa panggil dia Ayat. Dia ni budak nakal kat Batu Pahat. Famous. Dia dulu suka kat aku dulu. Rajin datang rumah. Dating depan rumah. Haha. Ibu menjeling tajam je dari dalam rumah. Yelah. Sape je yang suka anak dara dia bercinta dengan mamat gengster. Ayat ni kesian sikit. Dia anak angkat. Dia somehow budak rebel. Dia baik je. Cuma yelah, bila dia tau dia anak angkat, dia takleh terima. Lebih tak boleh terima bila family sebenar dia orang miskin. Jadi dia terasa dia ni cuma menumpang. Kesian jugak aku tengok dia ni. Perangai dia saling tak tumpah macam abang. Depan perempuan, pergh bukan main cantik gaya bahasa. Dengan family, aduhai. Hm. Ha. Dia bagi lagu ni kat aku. Dan sampai sekarang, bila aku dengar lagu ni, aku teringat kat dia. Cinta monyet! HAHA.

Okay dah penat mengimbau kenangan. So citenya, Syaq komen, aku dah berubah. And yes, I have to admit that aku memang dah toink3 sket. Haha. Lepas dia cakap macam tu, aku cuba elak cakap perkara-perkara serius, lebih santai, rilek dan buat gila macam biasa. Ikut rentak dan flow macam biasa. Tak terkejar-kejar.

Bila aku fikir balik, memang aku terlebih stress. Pasal tunang lah, kahwin lah. Grgrgr. Aku tengok bebudak kat US ke kat UK elok je bertunang. Tak susah mana. Haa. Okay. Tu style mat salleh la. Masalah kat sini ialah, kedua-duanya dari benua Asia. Tak payah perasan oversea sangat. Haa. Memang tension sikit lah kan nak mengadap adat istiadat, tapi takpe. Sabar sikit je lagi. Dua-dua family cam tak ada halangan setakat ni. That's the best thing lah, alhamdulillah.

Ah. Memacam lagi benda nak tulis. Pasal hantaran, pasal eday, pasal balik nanti camne nak atur. OMG susahnya nak tunang je pun. Susah jadi perempuan ni. Baru aku faham kenapa diorang ni including aku dilabelkan sebagai "penuh drama dan mendebarkan". Okay. Over sangat.

Sekarang ni, aku cuba untuk limitkan keterujaan aku. Tak huru hara, dan tak melampau-lampau dalam melahirkan ekpressi. Kesian Syaqir melayan. :( Memang kitorang tak official bertunang, tapi mungkin ini yang dinamakan darah manis? ;)

No comments: