Sunday, 19 May 2013

Yippie!

Jeng jeng jeng! Yeah. Seya suday 21 umur pade mingu lalu.

Ades. Macam bangla punya style pula. Assalamualaikum uolls. ;) Al maklum sahajalah, perang pasca PRU13 masih lagi hangat diperkatakan. Tapi, ada aku kesah? HAHA. Sebabnya kita tak 21 pun masa Mei Lima hari tu. Yeah. I muda lagi. Terasa diriku begitu berharga. Cewah.

10 Mei.
Plan kita actually nak pergi Mumbai. Berjalan ke tempat yang kami tak sempat nak pergi tahun lepas. Tapi turn out pergi ke Pune atau lebih dikenali sebagai Poona oleh masyarakat setempat. Tempat tu dalam 360KM dari kawasan kitorang. Sebab dalam resit tu, siap bagi harga dan jumlah kilometer. Tengah bincang-bincang dengan team kami, tiba-tiba kita dapat satu panggilan, nak adopt kucen tak? Wahhhhh. Orang mengantuk disorong bantal. Nak! Mula-mula nampak kucen tu mcm betina, tanya Yayang nak letak nama apa. Yayang cakap letak bulan dia lahir. April. So, nama kucen kita tu April, walaupun dia ada telo =.=

Ni la Mr April Hazdzirah. (poyo letak last name) heee.

Malam tu teringin kepingin gedik ah nak makan cheesecake, maka, turn on laptop dan terus mencari Abang Google for non-bake cheesecake. Patutnya ikut resepi guna blueberry, tapi celah mana nak cari blueberry, blurr-berry adalah malam2 kan.. So kita ganti mango nak bagi elak rasa mual. Maka, dengan berbekalkan 3 pek oreo vanila dan sebuku keju, taraaaaaaa.... 

Mango Tiramisu Cheesecake :D 

11 MEI

Rasa macam buat karangan laporan pulak siap tarikh sume ni. Heh. -.- 
Okay kita teruskan. Sebab semalam dah buat kek sampai pukul 1 pagi, tido pon of coz la lagi lambat. Padahal, pukul 6 dah kena bertolak. Sudahnya, buat kek malam tu tak berkemas apa pun. Tinggalkan April kat bilik junior. Dan terus mengambil kek itu dan dibawa bersama ke Poona. Dengan tak mandinya. Heh. Lihatlah muka sembab gua baru bangun tido dan tak mandi. Sungguh tidak menyelerakan. HAHA.

Kredit kepada Cik Dayana sebab edit muka den.

Pakcik Sirish yang serius tension dengan karaoke jamban kami

Sampai kat Phoenix Market City tu dalam pukul 12 juga lah. Dah la lapar sebab tak makan sejak malam tu. Breakfast pun cheesecake yang ala kadar tu je. Heee. Maka, sampai-sampai terus menerjah ke restaurant itu. Cream Center namanya. 

Pose sebelum melantakk puas!

Sebelum masuk ke restaurant ni, kita and the gang sangat-sangat mengambil berat terhadap makanan yang disediakan. Kita siap tanya, ada alcohol tak, ada daging tak, sampai waiter tu kata kalau nak makan makanan daging (non veg) dan alcohol boleh pergi kedai lain. Ohh no. Tiba-tiba terfikir. Kalau sayur pakai baja tahi babi macam mana??? Okay. Jauh sangat fikir. Kat India, babi dibela sebagai haiwan ternakan. Biasanya baja tahi lembu yang menyuburi tanaman petani. Eh! HAHA. Bukan apa, makanan ni esok lusa bukan sahaja jadi taik yang diflush, tetapi juga menjadi darah daging dan seterusnya keturunan. Muahaha. Maka, untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan akal yang terbaik sila makan makanan halal dan dari sumber yang halal. #ceramah pulak.

Kita ordered Blackcurrent Iced Tea. Rasa Ribena+Colgate sikit sebab ada daun pudina.

American Corn Cheese Ball. Sebenarnya mahal, tapi saje nak rasa. :)

Breakfast, Lunch, Dinner Kita.


 
Bersweet-sweetan dengan Cik Dayana Ommey :D Sexy kan mata beliau. HAHA


Dan ini bil. Murah. Seorang dalam INR 500.... Dalam RM30. Alhamdulillah kenyang!

Lepas makan, kami jalan-jalan mencari perkara-perkara yang sesuai untuk dibeli. Hehe. So first thing yang kita beli ialah shades. Kita tak ada cermin mata yang best. Cermin mata gelap especially. So beli la sebab diorang ni beli, teringin jugak walaupun dalam hati, aku berbajet-bajet nak membeli belah ni. Kena berjimat okay! Kemudian, Anis tegur, katanya tudung kita ada stains dari pasta. Ommo! Comot betul kita. Maka, bersalin kulit beli shawl yang matching dengan baju. :D

Yeayyy. Tak payah gosok punya shawl. Rs 399.. RM20 laa camtu. 

Jalan-jalan lagi. Pergi solat asar-zohor pulak. Then hilang. Masing-masing di dunia yang tak diketahui. Last-last kitorang decide untuk jumpa semula di kedai Yoforia, macam ala-ala Snogurt Malaysia. Tapi lagi best, ada cafe, macam waffle, coffee. Best. Kitaorang melepak kat situ sambil bergilir-gilir beli KFC kat kaunter luar. Sekali charge phone. Haa.


Ni kita punya. Kongsi dengan Anis

Ni Dayana punya. Kongsi dengan kita. ;) Bijak! HEHEHE


Cappucino XL Cup. Aku amek ni sebab nak temankan Uncle tu. End up tak boleh tido 18jam. Aduh!

Nak pergi tengok wayang tak ada cite best, nak main bowling, bowling takde, nak masuk rumah hantu, takut jadi apa2 kat dalam tu kang sebab kitorang semua perempuan. Maka itu je lah cerita pada hari itu. 

Ini adalah mercu tanda untuk South Gate of Phoenix Market City

Kereta saiz Kelisa, pergi balik, Rs 6400 + Rs 200 upah driver.
Murah dik nonn kalau convert RM370. Mana ada orang sanggup nak drive 6 jam pergi balik dalam masa satu hari, kan? ;)

 
Aktiviti bershopping di tempat orang, solat di fitting room sebelum balik. 

Dalam perjalanan balik, aku muntah-muntah sebab pening kepala jalan silau. Mungkin sebab penat sangat pun ye jugak. Overall cuti kali ni 5 Bintang aku bagi. Suka duka semua ada. Perfect vacation! Yeah. Sampai hostel, pukul 2.30 pagi kalau tak silap. :)



 Lampiran :

Bertukarr!!Tudung baru.. Wuuuu. Heehee


Depan Malacca Street. Haha. Ada Melaka plak kat sini.


total berbelanja = <Rs5000 yeshhh 

So now, I am officially a rakyat Malaysia yang layak mengundi. Oh yeshhhhhh

Harapnya iman boleh melantun sebaya.

Tata.

Wassalam











No comments: