Wednesday, 1 May 2013

Cengkerang

Assalamualaikum :D Yeah. Baru balik dari BBQ kat Hannan (Rumah Islam Belgaum, India). Okay ada la intipati sedikit sebanyak dalam slot pengisian pada akhir majlis tadi. Aku straight to the point je lah ye. Aku keluar usrah, officially walaupun tak berbincang dengan "kakak" usrah aku.

Aku tak nafikan, dalam usrah ni, saling mengingati, tak ada yang tertinggal dan tak ada ditinggalkan. Tak ada laju dan tiada lambat. Aku tak nafikan. Tapi cara kalau salah, tetap salah. Perlu diingatkan, aku adalah orang fiqh, yakni orang yang mengetahui hukum hakam ( walaupun aku tak amal semua, tapi silap orang la nak bagi "mutiara kata" yang kureeeengggg sesuai pada aku). Aku baru start nak belajar tauhid balik but it doesn't mean that I am zero in Islam walaupun zaman Rasulullah dulu Nabi Muhammad tekankan akidah dahulu kepada pengikut-pengikutnya sebelum Allah turunkan hukum hakam melalui al-Quran dan al-Hadith.

Maka, sebagai orang yang beragama Islam, berpegang teguhlah pada agama ini, melalui al-Quran dan as-Sunnah (hadith) dan aku pun amat sepenuh hati berserah pada Allah dalam kehidupan seharian aku.

Dalam ucapan sahabat aku tadi, beliau menyatakan bahawa dalam jalan ini, kita tak boleh berseorangan. Dan aku menjawab dalam hati, "Jalan apa ya?"

Allah Allah, kita semua ini terlalu mengikut buku teks. Ayat yang stereotaip, berulang dan diulang. 

Maaf, saya mahu keluar usrah!

Jawapan yang aku terima dari kakak usrah bila aku beritahu niatku itu ialah, "Oh awak nak rest? Tapi kenapa? Hmm. Takpe. Awak rest lah, tapi jangan lama-lama sangat tinggalkan jalan ni, takut hati nanti tawar."

Eh, bukankah kita sepatutnya percaya yang hati-hati kita ini Allah yang pegang? Hidayah itu milik Allah. 

Banyak yang tak betul bila aku fikirkan. Mereka ini terlalu macam bagus, ya, aku sedar aku pun tak sempurna, tapi kenapa bila keburukan kecil orang lain diperbesarkan sedang baju sendiri tercarik terkoyak langsung dibutakan?

"Kenapa keluar usrah? Kan usrah ini bagus. Boleh membentuk diri kita..."
Eh, Allah bentuk diri saya. Usrah sekadar wasilah. Antunna semua dah ajar ana kan...? :)


"Kita tak boleh berseorangan bila buat kerja menuju Allah ini."
MashaAllah, siapa kata saya berseorangan? Kan antunna semua ada. Cuma kita tak sama fikrah. :)


"Kita dah ada dalam "gerabak" ini, takkan kita tak mahu orang lain bersama-sama kita berada di syurga?"
Maafkan saya, gerabak anda itu pasti ke syurga kah?Adakah orang yang tidak berada dalam gerabak itu tidak ke syurga? Allahu Akbar. Aseef jiddan, ana tarik diri. Ana rasa ada yang kurang di situ.

Sedang yang lain, antara mereka bercakap tentang aku, tentang aku yang mahu keluar dari usrah ini, katanya aku ini orang yang berada dalam kepekatan jahilyah. Ya! Aku berada dalam kepekatan jahiliyyah. Aku bercouple, bercinta, aku berhati kotor. Apa lagi? Marilah kita selamatkan Hazirah! Dia sedang perlahan, jiwanya mungkin futur! Marilah kita bersama-samanya agar Hazirah tidak tertinggal......

Bawa mengucap banyak-banyak. Sejak bila anda, antunna semua, kakak-kakak usrah dan kakak-kakak usrah "junior" yang baru imannya naik ini pandai melabel orang lain? Haiihh. Ana tak faham, bagaimana antunna boleh bercakap begitu. Bukankah kita telah diajar untuk tidak melabel orang lain? Kita siqah sesama akhwat. Betul tak? 

Begitu juga qudwah yang kalian katakan. Sebelum ana masuk usrah, hamboi bukan main SMS, bagi surat cinta, bertanya khabar, Hazirah okay? Hazirah sihat? Bila ana berada bersama antunna semua, pernah tak antunna bertanya khabar ana? Zero. Qudwah itu sekadar alat memikat hati orang yang keras hatinya macam ana. Ana orang yang berfikir. Ukhwah ana bukan sekadar itu. Sebab itu ana rasa, antunna semua baik beli cermin besar-besar, lihat balik tahap kehipokritan antunna semua. Reflek diri dulu sebelum melabel orang. Jangan jadi judgemental.

Takut dengan aku, pastu hantar kawan baik aku untuk slow talk dengan aku? Pelik tak? Kenapa takut? Takut aku bidas? Takut apa entah. Mungkin sebab aku keturunan sepupu sepapat kesultanan Johor kot. Temenggong Ibrahim. Tapi bukannya aku makan orang. Bezanya bercakap guna akal dan hati dan bercakap hanya menggunakan hati tanpa akal. Itu beza besar. Kenapa perlu meletakkan aku dalam kalangan orang yang kalian takutkan? Jangan jadi judgemental!

Dan perkara paling aku tak suka ialah kakak usrah menggunakan kepentingan diri bila nak buat usrah. Ikut timing mereka. Harap boleh fikir sendiri, dan pada aku jugak, usrah tu bukan rutin yang korang kena ganti kalau tak buat. Harap reflek diri. Muhasabah diri sebelum betulkan anak-anak ketam yang senget jalannya ni. 


So, jangan nak sindir aku seorang sufi kerana aku mengasingkan diri dari kalian. Fikir leklok. Usrah tu dah betul, tapi kalau orang yang lead tak betul, jadilah usrah suci dalam debu. 

Agama itu bukan untuk dijual beli (dibahas-bahaskan, digunakan untuk tutup salah diri)

Berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan, tapi, jangan lupa, bersederhana dalam melakukan ibadah.


Aku hidup dalam cengkerang aku, jangan usik kalau sekadar nak bermain. Aku pun ada matlamat hidup aku. 


Menuju Dia.







No comments: