Friday, 26 January 2018

Pejam

Pejamkan matamu
Hari ini indah
Hari ini cerah

Meski tahu di ufuk sana langit redup
Awan berarak kelabu
Tanda hari tak ceria berlalu

Pejamkan matamu
Panggillah Dia bersama doamu
Duhai hati menangis sendu
Bukan ini pinta hatimu

Pejamkan matamu
Pejamkan
Diamkan
Serahlah jiwa pada tuhan

Satu hari nanti akan percaya
Bahawa ini intan bukan kaca
Biar takdir menentu bicara
Menarilah kamu mengikut rentaknya


No comments: