Monday, 30 July 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, kita lulus dengan lulusnya tahun satu. Nak cakap lulus dengan cemerlangnya memang tak berapa cemerlang sangat lah kan, berjimba jimbu je kerja kita kat sini. Akhirnya, usaha keras last minute study selama ini berhasil. Alhamdulilah, Alhamdulillah.

30 Julai 2012.

Rasa macam baru semalam menjejakkan kaki ke bumi Belgaum. Berkumpul di KLIA... Naik kapal terbang bersama Deanna Reesha dan bantal busuknya.. Haha. Sweet sangatkan.. Malam ni hajatnya nak ke Bangalore. Fuh.. Tapi sempat lagi me and Cik Dayana bershopping. Terapi lah kononnya. Padahal dah habis exam ni stress pula sebab nak beli cederahati (saja typo sebab cedera poketku keluarkan duit) untuk my sayangs kat Malaysia. Memandangkan balik Malaysia setahun sekali, maka, setahun sekali itu perlu berbaloi baloi yang dibawa pulang. Untuk pengetahuan awak orang, kita pada mulanya beli luggage 25KG je. Tapi kemudian bertukar jadi 30KG. Almaklumlah kan, baru balik haji.

Rasanya, sepanjang minggu ni asyik keluar masuk hostel je. Nak beli sari, beli baju baju kat sini, ada sale, sempena monsoon season. Pergh.. Memang best terbaik :D Pergi jalan-jalan kat bazar Ramadhan sana pun best juga. Memang rambang mata juga *kita je, Cik Dayana tak beli makanan sangat* pastu beli gelang dan inai India. Miahaha. Balik terus je basuh fridge. Sekian. Nak balik Malaysia petang ni. Babai.


Nanti kalau sempat kita update cerita di Malaysia pula untuk awak orang.

No comments: