Ketagihan terhadap dunia maya ini semakin menjadi-jadi sejak tingkatan empat. Biasalah, budak baru nak up. Sebenarnya start guna MIRC dari zaman UPSR. Masa tu, kawan baik kita, Azizahamizah (sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Pennsylvania, US dalam bidang Sains Aktuari) rajin ajak lepak cyber cafe (CC). Dulu, CC ni murah je. RM1 untuk satu jam. Zaman sekarang, air sirap merah kat warung Pak Uzir pun RM1.20!!
Okay itu cuma kebenaran yang telah kita sampaikan melalui introduction saje ye. :) Assalamualaikum dan happy gediks semua! Tahukah adik'' apakah topik yang akak akan ceritakan sempena nak exam ni?
Friendster, adalah website sosial pertama yang kita join. Masa tu tingkatan satu. Biasalah budak'' baru nak up. Dulu, siap ada pertandingan, siapa paling ramai kawan, dia kira budak hebat, top, "power" gitu. Padahal, add friend entah siapa'' jekkk. Sungguh tidak cool. Tapi disebabkan diriku ini tidaklah hebat, top dan "power", maka Friendster atau nama pendeknya FS berkubur gitu jelah.
FS ni yang bestnya, dia macam blog. Boleh letak layout, tukar font, letak lagu, letak video. Cursor warna-warni. Macam budak tadika pun ada bila fikir balik. Masing'' berlumba-lumba nak tukar layout. Zaman kegemilangan FS ialah sekitar 2003-2009. Dan zaman itu termasuk dalam zaman sekolah kita. Kita rajin update, bagi nampak kemas, siap pilih siapa kawan untuk berada dalam top box. Hihi.
Kat FS jugaklah tempat untuk kita menggedik sakan dengan Encik Z. Rajin gila balas-balas comment. Orang time bercinta la katakan. Masa form 5, Encik Z telah membuka akaun FBnya. Dan kita masih setia gunakan FS. Lama-lama, FS ini sungguh tidak ramai orang guna. Hanya ada seorang je yang guna FS waktu tu, iaitu, KITA!! So lonely! HAHA
FACEBOOK! FB sebagai singkatan. Sesiapa yang tak ada FB ni dianggap sungguh berada di ceruk kampung sebab orang kat ceruk kampung pun ada FB, bahkan beruk'' pun tau teruja bila mengadap FB. Okay. Rasanya, kita sertai FB pada 16 Disember 2009. Al-maklumlah, budak lepasan SPM. Hehehe. FB ni masa mula'' kita guna, agak kekok juga. Tak faham itu, tak faham ini. Lama''... Bila semua kawan'' asyik promot "Jangan lupa add FB aku" maka kita pun terlupa pada FS yang konon''nya kita setia tu.
P/S : Kita memang setia okay!!!
Sehingga kini, tidak dapat kita pastikan berapa banyak like yang telah kita klik. Apa sahaja yang cantik, yang menarik, yang hensem dan muka up-up, yang lawak dan yang TERBAIKKK semua aku like. HAHA. Mengarut je. Orang update status " Nak pergi bla bla bla kat bla bla bla dengan bla bla blaa" itu pun kita like. Sungguh tidak ada kerja. Zaman FB ni rasa sekejap je. Sebab lepas SPM, duduk rumah lebih kurang 4-5 bulan sambil belajar bawa kereta. Ambil lesen L. Selalunya, update status pasal kerja-kerja rumah, lipat kain, basuh kereta, pakcik yang ajar bawak kereta tu gatal lah itu la ini lah. Opsst! ;)
Gambar di atas menunjukkan Barisan Nasional. HAHAHAHAHAHA. Maaf over pulak. Ehem''... Heee. Gambar di atas menunjukkan apa yang dinamakan sebagai "Information Bar". Bar ini akan menyediakan button home, mamat hensem dan awek cun yang telah add awak orang, kotak pesanan (sempena nak memartabatkan Bahasa Melayu, guna nama kotak pesanan @ nama popularnya inbox), serta notifikasi-notifikasi yang telah awak orang terima.
Biasanya, kita lebih teruja kalau dapat notifikasi berbanding mesej atau orang add. Yela. Orang foFOOLar macam budak'' sekolah ni je yang excited bila ada ratusan manusia add dia. So zaman kita dah berakhir. Hihi. Kita lebih suka orang post kat Wall kita berbanding memberi pesanan. So tiada rasa rahsia atau geli sangat. Bila dalam inbox, jenuh. Banyak tulis "HAHA" "HEHE" HEEE" dan smiley yang banyak gila.
Okay. Zaman FB ni, kita lebih selektif dalam memilih sahabat. Yelah, manusia semakin lama semakin mau menjadi baik. Jadi kita taknaklah memilih kawan yang semberono dalam FB ni. Walaupun FB bukanlah laman yang professional untuk kita, tapi kita tetap menganggapnya sebagai satu imej yang ada pada seseorang untuk dijaga. FB juga mencerminkan tahap kematangan kita dalam berkata-kata. Tersilap ayat, menjerat jiwa. :)
Yeahhh. Ini yang paling best. Dulu FB ni tak ada chatbox, kini sudah ada! Tapi kerana chatbox ini, akan menyebabkan aku rasa annoy gila. Kalau dapat mesej virus, dan kita tak tau apa'' memang rasa menyirap la darah ibarat sirap warung Pak Uzir yang bernilai Rm1.20 tu. Pergh. Pastu, paling tak suka bila orang promote page untuk like.. "Korang, tolong like gambar aku masuk contest" "Aku baru buat page tentang bla bla bla, tolong like eh bagi nampak ramai orang guna produk aku".Sangat annoying. Adakah FB kita ini ibarat pasar malam yang memang menjadi medium kalian mempromosi barang masing''??
Okay, sebenarnya inilah yang terjadi kepada FB kita....
Terima kasih banyak-banyak kepada Penghack sebab beliau telah hacked betul'' FB kita!!! Kita ingatkan dia akan bagi password FB itu kepada ibu kita. Tapi boleh plak dia cakap dia nak bagi lepas saya balik MALAYSIA! WEH!!! LAMA GILA KENA PUASA FB. Tapi kita selalu ingatkan diri kita, mungkin ada hikmahnya. Sekarang ni tak boleh nak main'' lagi untuk final. So memang kena hapuskan FB. Aritu kita memang dah nak buka email untuk cari balik password, tapi rasanya, nanti jerat diri sendiri. Biar aje kat situ. Paling'' pun ada twitter walaupun tak best macam FB.
Serius, tetap setia pada FB!! Pulangkan cepat FB ku ini sayang oi!!
** tiba-tiba teringat lagu Seperti Dulu dari Band Exist** Jiwang jap :D
Kesimpulannya : Majulah study week tanpa social website supaya tak overload FB!!
Wassalam.
Cik Puan Fatin Hazdzirah






2 comments:
study study ! fb tak lari ! hehe
Atin! Tenngss :D memang nak study punn. alahaii.. haha
Post a Comment